Oleh pada 16 Dec 2022 kategori

Mechamato Movie, sebuah filem aksi komedi animasi komputer Malaysia 2022 arahan Nizam Abd Razak dihasilkan oleh Animonsta Studios telah menghangatkan pawagam dengan catatan kutipan yang tinggi.

mechamato 83

Karya yang dihasilkan dengan bajet RM10 juta itu menemui penonton seluruh Malaysia dan Brunei sejak 8 Disember 2022 lalu.

mechamato 2022

Francais siri BoBoiBoy ini merupakan prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series dan menampilkan barisan pelakon suara seperti Armand Ezra, Adzlan Nazir, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Syabil Syamin dan Anas Abdul Aziz.

mechamato movie gsc 426

Secara ringkas, ia mengisahkan tentang bapa BoBoiBoy, Amato yang menemui MechaBot apabila kapal angkasa misteri terhempas di Bumi. Amato menjadi tuan kepada MechaBot, robot berkuasa yang boleh 'Mechanize' dengan objek lain, tetapi dia terpaksa berhadapan dengan makhluk asing jahat bernama Grakakus, yang ingin merampas MechaBot dari tangannya.

kutipan mechamato

Dengan sokongan berterusan daripada peminat filem, naskhah ini berjaya mencipta fenomena luar biasa yang tersendiri.

   

boboiboy mechamato

Rata-rata netizen menerusi laman sosial menyuarakan tahniah kepada pihak produksi dan menyifatkan siri kartun televisyen yang dibawa ke layar perak itu setanding dengan animasi Hollywood.

tiket mechamato

Teruskan memberi sokongan anda terhadap Mechamato Movie yang masih rancak ditayangkan di pawagam.

Jadual Jumlah Kutipan Pawagam Filem Mechamato Movie

1 hari - RM1.1 juta

3 hari - RM5 juta

6 hari - RM10 juta

11 hari - RM18.3 juta

15 hari - RM22.5 juta

18 hari - RM27 juta

22 hari - RM30.7 juta

27 hari - RM33.8 juta

28 hari - RM34 juta

Keseluruhan - RM35.88 juta

       

Baca: Biodata Armand Ezra, Pelakon Suara Watak Amato, Filem Mechamato Movie

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mechamato Movie (2022)

Kredit video: Mechamato Movie - (Belanja) 10 MINIT PERTAMA! Full Movie Release Date 8 Disember 2022 - Beli tiket Mechamato Movie secara online di panggung wayang berhampiran korang sekarang!

    

Kredit foto: Instagram Mechamato




Hakcipta iluminasi.com (2017)