Kredit foto: Instagram @boboiboy
Klasifikasi
Diklasifikasikan sebagai U (Umum) iaitu tontonan buat semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur. Kandungan karya yang mengangkat nilai-nilai murni, kesopanan serta pengajaran positif, disampaikan dengan cara menghiburkan.
Genre
Filem tempatan berkonsepkan animasi yang mengetengahkan gabungan genre adiwira, pengembaraan dan komedi.
Durasi
Tayangan selama 1 Jam 50 Minit.
Bahasa
Menggunakan bahasa Melayu serta kelengkapan sarikata bahasa Inggeris dan Cina.
Penerbit Dan Pengedar
Diterbitkan syarikat produksi Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw sebagai pengedar.
Pengarah Dan Pelakon
Masih mengekalkan Nizam Abdul Razak sebagai sutradara, selain turut dijayakan pelakon Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid dan Yap Ee Jean.
Sinopsis
Mengisahkan perjuangan BoBoiBoy dan teman-temannya dalam usaha menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang berniat jahat mahu mencuri elemen kuasanya.
Lagu Tema (OST)
Menggunakan khidmat penyanyi Faizal Tahir sebagai penyanyi lagu runut bunyi berjudul Fire & Water yang dicipta khusus buat golongan kanak-kanak bersandarkan mesej-mesej positif disampaikan.
Kos Pembikinan
Perbelanjaan kos mencecah sehingga RM7 juta dengan penggunaan teknologi lebih canggih daripada filem pertama. Juga dihasilkan dalam tempoh lebih cepat iaitu selama setahun tanpa mengabaikan aspek kualiti dengan penglibatan 100 pekerja produksi di belakang tabir.
Kutipan Filem Pertama
Filem pertamanya yang terlebih dahulu menemui penonton pada tahun 2016 berjaya menularkan fenomena hingga sambutan berterusan ke luar negara khususnya sekitar Asia Tenggara, dengan pungutan mencecah RM18 juta!
Sasaran Kutipan
Menjangkakan jumlah kutipan yang lebih hebat memandangkan jumlah lokasi tayangan yang ditingkatkan.
Tarikh Tayangan
Menjengah pawagam mulai 8 Ogos 2019 secara serentak di lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam yakni 500 buah panggung secara keseluruhan. Juga sedang mendapatkan peluang untuk tayangan di Thailand, Filipina, Kazakhstan dan Korea Selatan.
Kredit foto: Instagram @boboiboy
Video
Kredit video: Youtube Monsta
Sumber:
1. Harian Metro