Biodata

Nama penuh: Diana Danielle Danny Beeson

Nama popular: Diana Danielle

Tarikh lahir: 22 November 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Houston, Texas, Amerika Syarikat

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, model dan pengacara

Media sosial: Instagram @dianadanielleb

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.70 meter.

2. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris

3. Anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli dan Danny Beeson.

4. Mempunyai seorang adik perempuan tiri bernama Hailee Hayden (lahir pada 1993).

5. Dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di George Town, Pulau Pinang yang juga merupakan kampung halaman ibunya.

6. Bakatnya dikesan oleh pelakon Norman Hakim apabila beliau mengunjungi keluarganya sewaktu Diana berusia 9 tahun

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002.

8. Seawal karier, beliau menceburi bidang pemodelan, nyanyian serta menghiasi iklan-iklan televisyen.

9. Filem pertamanya berjudul Idola arahan Aziz M. Osman, memegang watak sebagai Mira Melissa Muqriz. Diikuti Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Setem, Kecoh Betul, Magika, Dalam Botol, Jiwa Taiko, Hantu Gangster, Sembunyi: Amukan Azazil, Kami Histeria, Supersquad The Movie, Hanyut dan Gol & Gincu Vol. 2.

10. Drama dibintanginya: Sembilu Kasih, Janji Diana, Gol & Gincu The Series, Air Mata Maria, Farah Syakira, Cinta Bulan dan Mentari, Rahsia Di Sebalik Wajah, Di Sebalik Wajah, Cerita Dari Mastika, Raisha, My Coffee Prince dan Raisha 2.

11. Pembabitan dalam telefilem pula menerusi Igauan, Gondoruwo, Bulan Bertemu Mentari, Rumah Kembar Empat, Maya, Takbir Terakhir, Di Telapak Kaki Bonda, Perempuan Lindungan Kaabah, Talak, Lara Perindu, Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Pergilah Cinta dan Nora Bam Boom.

12. Sebagai penyanyi, Diana pernah merakamkan single Tentang Kita pada tahun 2017.

13. Merangkul trofi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29.

14. Pernah bercinta dengan sutradara, Syamsul Yusof pada sekitar 2007 sewaktu mereka sama-sama menjayakan filem Evolusi KL Drift sebelum akhirnya berpisah pada 2009.

15. Sudahnya Diana mendirikan rumah tangga dengan aktor Farid Kamil pada tahun 2012 dan sehingga kini dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Foto

biodata diana danielle pelakon drama raisha 2 2

biodata diana danielle pelakon drama raisha 2 3

biodata diana danielle pelakon drama raisha 2 4

biodata diana danielle pelakon drama raisha 2 5

biodata diana danielle pelakon drama raisha 2 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Malay Mail

4. Instagram Diana Danielle




Hakcipta iluminasi.com (2017)