Oleh pada 17 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Prime Video Malaysia

        

Filem "Budak Flat" hasil karya Skop Productions, penerbit filem terkenal dalam industri perfileman negara, diangkat sebagai filem Amazon Original eksklusif dari Malaysia, dengan penyertaan dan lakonan hebat oleh Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Aaron Aziz dan ramai lagi.

         

budak flat movie

Kredit foto: Instagram Syafiq Yusof

       

Sinopsis

Menerusi 'Budak Flat', penonton dibawa ke dalam kehidupan satu perumahan flat yang menjadi tumpuan penjenayah, di mana setiap individu terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka.

Penceritaan ini memaparkan kisah dua adik-beradik, Aman (Zahiril Adzim), seorang bekas pencuri dan Riz (Pablo Amirul), pengedar dadah yang berkonflik kerana tekanan situasi sekeliling.

Hubungan antara dua beradik ini diuji seterusnya mencetuskan ketegangan yang berlaku antara mereka.

Semuanya bermula apabila Riz ingin memperluaskan operasi dadahnya dan tindakan itu membawa kepada keperluan untuk menghancurkan geng Aman.

Apabila Aman dituduh membunuh ahli kumpulan kongsi gelap Riz, situasi itu membawa dia ke persimpangan yang berbahaya dan akhirnya menjadikan dia sasaran buruan hingga ke lubang cacing.

Bagi menghindar dari tekanan kumpulan Riz, Aman terpaksa mencari pelaku sebenar, kerana jika tidak, dia akan menanggung masa depan yang tidak sanggup dihadapinya, iaitu menyertai geng Riz.

Semasa pertempuran antara dua beradik ini berlanjutan, penduduk flat kos rendah di KL itu secara tidak sengaja terlibat dalam perang kumpulan di dalam bangunan mereka sendiri.

Selain menghidupkan kisah persengketaan antara geng, filem ini juga menggambarkan kehidupan berjiran yang bukan sahaja berkongsi bumbung, malahan juga persahabatan dan gelak tawa yang menjadi sebahagian daripada perjalanan mengejar impian mereka.

         

Baca: 8 Filem Melayu Malaysia Terbaru (2023), Wajib Tonton!

        

sinopsis budak flat

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

       

Pelakon / Cast

Kombinasi hebat barisan pelakon Malaysia yang mendapat tempat di hati penonton sekarang, antaranya Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Aaron Aziz, Yung Raja, Joyce Harn, Azri Sabri, Balan Kash, Syarnie dan Deen Maidin.

         

budak flat prime video

Kredit foto: Instagram Skop Productions

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya ini merupakan hasil terbaru daripada pengeluar filem terkenal dalam industri perfileman Malaysia, iaitu Skop Productions, dengan arahan sutradara-sutradara handal iaitu Faisal Ishak, Eugene Lim dan Woo Ming Jin, serta panduan penasihat daripada Syafiq Yusof.

          

filem budak flat

Kredit foto: Instagram Skop Productions

       

Tarikh Tayangan

Tayangan filem bakal digemari ramai ini disediakan di Prime Video, platform penstriman video terkemuka anda bermula 16 November 2023 secara eksklusif.

Filem ini disediakan secara terus kepada pengguna melalui langganan aplikasi Prime Video, membolehkan penonton mengaksesnya mengikut permintaan, tanpa perlu melalui saluran tradisional seperti pawagam.

         

Tahun terbitan: 2023

Genre: Aksi

Durasi: 1 jam 44 minit

        

Kredit video: Budak Flat | Full Official Movie Trailer | Prime Video

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)