Oleh pada 07 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram NS Star Studio

   

'Mencari Kiblat Cinta' merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 adaptasi novel dengan judul sama karya Anita Aruszi, ditunjangi pelakon Syazuwan Hassan, Husna Mustaffa dan Shah Hazvee.

Arahan Jo Yusof ini bakal menemui penonton saluran TV Okey mulai 7 Januari 2021.

   

mencari kiblat cinta drama

Kredit foto: Instagram Shah Radhi Hazvee

   

Sinopsis

Satu tragedi hitam telah memisahkan dua beradik.

Danira (Husna Mustaffa) dipenjarakan, manakala Naufal (Shah Hazvee) pula hilang menyepi entah ke mana.

Selepas dibebaskan, Danira keluar mencari Naufal, namun Tengku Filman (Syazuwan Hassan) pula yang muncul dalam hidupnya.

Tengku Filman, seorang lelaki sempurna yang memiliki segala-galanya dalam hidup.

Begitu berbeza sekali dengan Danira - bezanya kehidupan mereka umpama langit dan bumi.

Dan angkara Filman, dia menemui Aliff (Shah Hazvee), lelaki traumatik dengan kenangan kosong.

Tengku Filman mungkin terlihat sempurna di mata ramai, namun di sebaliknya tersimpan sekeping hati yang terluka.

Pun demikian, dengan hadirnya Danira, kedinginan Tengku Filman mula melebur.

   

mencari kiblat cinta sinopsis

Kredit foto: Instagram TV Okey

   

Pelakon

Diterajui Syazuwan Hassan dan Husna Mustaffa.

Lain-lain pelakon seperti Shah Hazvee, Dayana Roza, Ali Reza, Zila Bakarin, Anne Ngasri, Edika Yusof, Darling Ngasri, Naszeli Ngasri, Nina Fazurina, Inas Sofea, Sazrin Aizul, Shahriza Mahmud, Liza Rafar, Azerin Zainal, Hasnol, Raden Zaharatul, Laura Olivia, Falla Zully, Ucop Cecupak, Nadia Kesuma dan Ramli Saleh.

  

Baca: Biodata Syazuwan Hassan

Baca: Biodata Husna Mustaffa

Baca: Biodata Shah Hazvee

Baca: Biodata Dayana Roza

   

novel mencari kiblat cinta

Kredit foto: Instagram NS Star Studio

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya produksi NS Star Sdn Bhd dengan sentuhan pengarah Jo Yusof.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: AINA ABDUL - SEMALAM (OFFICIAL LYRIC VIDEO) 

   

Tajuk: Semalam

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

   

mencari kiblat cinta episod

Kredit foto: Instagram NS Star Studio

   

Waktu Siaran

Bermula 7 Januari 2021, siaran 26 episod pada Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di saluran TV Okey (Astro 146).

   

Sumber:

1. Novel Mencari Kiblat Cinta

2. NS Star Studio

3. TV Okey

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)