Biodata

1. Nama lengkapnya, Wan Syamira Putri Octovia binti Wan Syahman. Popular menerusi nama Octovia Manrose. 'Manrose' adalah gabungan nama bapa dan arwah ibunya.

2. Lahir pada 29 Oktober 1991 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 28 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model.

4. Menceburi bidang hiburan sejak tahun 2015.

5. Anak kepada penyanyi dangdut era 90-an yang mendapat jolokan 'Raja Dangdut', Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan. Manakala ibunya, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor merupakan bekas pelakon.

6. Adiknya, Aprena Manrose dan sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

7. Anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Ramada Manrose.

8. Pada 23 Februari 2011, beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izat Abd. Rahman, lalu mendapat rezeki seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Zulkarnain kelahiran 23 Disember 2011. Mereka bagaimanapun memfailkan penceraian pada tahun 2015.

9. Octovia kemudiannya didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami Bella Astillah iaitu penyanyi Aliff Aziz pada Februari 2019 hingga mencetuskan 'perang' antaranya dan Bella di media sosial.

10. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem Minah Moto pada tahun 2017 arahan sutradara Ahmad Idham, membawakan watak sebagai Aju.

11. Juga drama Cinta Si Wedding Planner, Biar Aku Jadi Penunggu, Hajah Heathrow Kembali, Umairah, Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora, Gerak Khas (Musim 17), Cinta Tiada Ganti dan Setelah Cinta Itu Pergi.

12. Termasuk telefilem Tercipta Untukku, Tangisan Kubur, Adakah Aku Bersalah dan Abang Kandung.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon octovia manrose 2

biodata dan latar belakang pelakon octovia manrose 3

biodata dan latar belakang pelakon octovia manrose 4

biodata dan latar belakang pelakon octovia manrose 5

biodata dan latar belakang pelakon octovia manrose 6

       

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Instagram Oktovia Manrose

4. Youtube Berita Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)