biodata nelissa nizam
  

Kredit foto: Instagram Nelissa Nizam

  
Nelissa Nizam merupakan pelakon wanita baharu tanah air, terkenal menerusi lakonannya dalam TV dan filem.
  
Peranan TV lakonannya antaranya dalam drama bersiri Sitik Tok, Jalan Sesat Ke Syurga, Senafas Rindu, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Cik Sempurna. Tidak terkecuali, kerjaya Nelissa di layar lebar menerusi filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Polis EVO 2, Belaban Hidup: Infeksi Zombie dan The Disappearance of Irdina Adhwa.
  
Profil beliau dalam lakonan paling dikenali umum menerusi siri Budak Tebing 2 yang bersiaran di slot Lestary TV3, dengan memegang watak sebagai Maria.
  

10 Fakta Nelissa Nizam, Pelakon Gandingan Zul Ariffin Drama Novel Berepisod Tarik Aku Ke Syurga - Yang Ramai Tak Tahu!

     
1. Aktres yang juga pesohor media sosial berumur 24 tahun ini dilahirkan serta dibesarkan di ibu negara, Kuala Lumpur.
   
     
2. Nelissa merupakan peserta Pertandingan Pencarian Gadis Panca edisi 2017 yang turut disertai oleh aktres seangkatan, Nynaa Harizal.
   
    
3. Sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nelissa mendapat pendedahan awal dalam bidang lakonan selepas membintangi sebuah naskhah - atas galakan ibunya, seorang pemilik agensi pelakon iklan komersial.
  
    
4. Menurutnya, dia bermula sebagai pelakon ekstra yang hanya "lalu lalang" di hadapan kamera dan menapak perlahan-lahan melalui pengalaman.
   
    
5. Beliau memulakan kerjaya dengan membuat kemunculan dalam drama Dia Semanis Honey lakonan utama Siti Nordiana dan Alif Satar yang bersiaran di Astro Ria.
   
      
6. Nama 'Nelissa Nizam' bertukar dari masa beliau dikenali sebagai Nelissa Edreena di awal kerjaya lakonan.
   
    
7. Nelissa turut memperjuangkan perjalanan seni dengan menganggotai kumpulan The Gadys, yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nelissa sendiri, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.
  
Dengan The Gadys, beliau menghasilkan lagu hit single sulung yang bertajuk "Gadys Raya" pada 2022.
  
    
8. Dia juga ingin mencabar diri dengan memasuki bidang nyanyian dan pengacaraan, kerana ingin menyerlahkan bakat yang sedia ada.
   
    
9. Mengikuti kelas lakonan Fauziah Nawi, Taiyuddin Bakar dan Najwa P Ramlee sebagai rujukannya untuk tampil sebagai pelakon dengan pakej yang lengkap.
  

Kredit foto: Instagram Nelissa Nizam

  
10. Menitikberatkan soal pendidikan, Nelissa yang mengikuti pengajian jurusan Ijazah Komunikasi Massa (Komunikasi Interpersonal) secara separuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, berjaya memperoleh sijil dekan dalam semester pertamanya.
  
Kini dia bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama bersiri Tarik Aku Ke Syurga, adaptasi novel Tarik Daku Ke Syurga, lakonan bersama Nabil Aqil, Izzendra, Lisdawati, Ayra Messi, Keith Foo, Hafreez Adam, Aleeza Kassim, Sean Lee, Nada Nur Syuhada, Azzahra Ahmad dan ramai lagi.
  
Untuk biodata asas Nelissa Nizam, anda boleh baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Nelissa Nizam
  
  
  
Sumber:
   


Hakcipta iluminasi.com (2017)