Kredit foto: Instagram Trisha Ooi , Facebook Reyshqa Aqiera

      

Siapa Trisha Ooi? Trisha Ooi merupakan pasangan terbaharu pelakon Aliff Aziz dalam drama rantaian bertajuk Tentang Hati Dia yang akan menyinari slot Akasia.

Naskhah yang diarahkan oleh pengarah Amor Rizan ini akan disiarkan mulai 3 Julai 2023, dengan kehadiran pelakon-pelakon lain seperti Nafiz Muaz, Muaz Zabir, Nina Smith, Amir Mirza dan ramai lagi.

      

Biodata Trisha Ooi

Nama sebenar: Reyshqa Aqiera binti Mohd Nasron Ooi

Nama komersial: Trisha Ooi

Umur: 24 tahun (2023)

Tarikh lahir: 20 Julai 1999

Agama: Islam

Keluarga: Anak bongsu daripada dua orang adik beradik

Kerjaya: Pelakon, Pelakon Lagak Ngeri, Model

Instagram (IG): @itstrishaooi

      

Latar Belakang

1. Trisha mula meniti kerjaya dalam dunia seni sebagai pelakon lagak ngeri wanita, dalam filem-filem tempatan sejak usia remaja, pada tahun 2016.

2. Peluang sebagai pelakon drama muncul selepas dia mendapat perhatian para penerbit drama pada tahun 2020, lantas membuka pintu rezekinya.

3. Usaha untuk mengembangkan bakatnya membuahkan hasil apabila persembahannya sebagai watak antagonis Erra dalam drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3, mendapat sambutan positif daripada penonton. Dia menerima kecaman yang hebat daripada penonton, terutama netizen di media sosial, kerana watak antagonis yang dilakonkannya sebagai "perampas suami orang".

4. Dia terlibat dalam pelbagai drama berepisod lain, antaranya Hari Kita Jatuh Cinta, KL Gangster: Underworld 2, Langkah Terakhir, Kau Cipta Kasih, Kerana Dia Suka, Kau? C.E.O Aku?, Rindu Darul Iman, Tentang Hati Dia dan My Lovely Driver. Juga tidak terkecuali dalam telefilem-telefilem seperti Misteri Jam Vintage, Bukan Cinta Biasa, Aisya & Bella dan Bukan Teman Stereotype, serta filem Wira, Coast Guard Malaysia: Ops Helang, Janna Endoro, Roxana dan Pagari Bulan.

       

Fakta Trisha Ooi

1. Mempunyai dua orang adik-beradik, iaitu seorang abang yang berada di atasnya.

2. Setelah kehilangan bapanya beberapa tahun yang lalu, kehidupan keluarganya menjadi lebih sukar. Trisha nekad ingin mengambil tanggungjawab dan memastikan ibunya bahagia.

3. Pada Jun 2023, dia mengalami kecemasan yang memerlukan pembedahan segera apabila ketumbuhan 'cyst' berukuran 6.7 sentimeter (cm) pecah di dalam perutnya. Keadaan ini hampir mengancam nyawanya sebelum dia dikejarkan ke hospital.

4. Salah satu impian Trisha adalah ingin mengambil peluang berlakon bersama pelakon lagak ngeri terkenal, Hairul Azreen, dan juga aktor berpengalaman, Pekin Ibrahim.

       

Baca: 8 Fakta Pelakon Trisha Ooi Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Wanie Ooi

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Tentang Hati Dia (Slot Akasia TV3)

     

Gambar

trisha ooi

trisha ooi instagram

trisha ooi agama apa

sinopsis tentang hati dia

tentang hati dia

trisha ooi wikipedia

pelakon tentang hati dia

tentang hati dia cast

tentang hati dia episod

trisha ooi coast guard

drama tentang hati dia

trisha ooi umur

Kredit foto: Instagram Trisha Ooi , Facebook Reyshqa Aqiera

        

Video

Kredit video: Di Sebalik Tabir Tentang Hati Dia

        

Sumber:

1. Ikut kehendak watak

2. Tangisan dan doa enam tahun Trisha Ooi

3. 'Cyst' 6.7sm pecah, Trisha Ooi dah rasa macam 'nyawa ikan'

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)