Kredit foto: Instagram Ryun Ryry

Pelakon Ryun Ryry kembali ke dunia hiburan selepas beberapa tahun 'hilang' daripada radar lakonan.

Dia yang cukup dikenali menerusi drama Waris, ditampilkan bersama pelakon Alif Muhaimin dan Afifah Nasir untuk siri terbaru TV3 berjudul Sentuhan Najwa, dalam slot Lestary.

Karya terbitan Nuansa Sdn Bhd ini turut menampilkan pelakon Faiz Izzat, Ady Mohammad, Jasper Supayah serta ramai lagi.

Biodata

Nama sebenar: Syamiem Elnisa Husni

Nama popular: Ryun, Ryry, Ryun Ryry, Ryry Ryun, Elnisa Husni, Ryun Elnisa Husni, Elnisa Ryun

Umur: 21 tahun (2022)

Tarikh lahir: 26 November 2001

Agama: Islam

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @ryryinthesky

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Menggunakan 'Elnisa ​​​​Husni' sebagai nama komersial sebelum dikenali sebagai Ryun Ryry.

2. Ryun mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila melakonkan watak dalam drama bersiri seram TV3 berjudul Waris.

3. Di usia muda pada tahun 2015, Ryun menghidupkan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dengan membintangi filem seram Jwanita arahan Osman Ali di mana dia memainkan watak Jwanita semasa kecil. Menerusi filem itu, dia berlakon bersama nama-nama besar seperti Maya Karin, Bront Palarae, Datin Umie Aida dan Cristina Suzanne Stockstill.

4. Kerjaya lakonannya diteruskan menerusi drama bersiri TV3, Budak Magik lakonan bersama Firdaus Ghufran, Syamim Razi dan Mysarra Syahfiedzrien pada 2016.

5. Selepas itu Ryun kurang kelihatan dalam industri hiburan sehingga Ryun mengambil keputusan untuk kembali membintangi beberapa drama seperti Cinta Sekali Lagi pada 2020, Kampung Kolestrol (2021), Menantu Tok Sintok (2021) dan Sentuhan Najwa (2022).

       

Baca: 10 Fakta Pelakon Ryun Ryry Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Sentuhan Najwa (Slot Lestary TV3)

        

Gambar

biodata ryun ryry

ryun ryry

ryry ryun

sentuhan najwa 491

ryun sentuhan najwa

sentuhan najwa pelakon

ryun

elnisa ryun

ryun biodata

ryry ryun wikipedia

Kredit foto: Instagram Ryun Ryry

Video

Kredit video: Di Sebalik Tabir Sentuhan Najwa . Cast : Alif Muhaimin, Afifah Nasir, Ryry Ryun, Ady Mohammad, Ayu Ayuni, Zul Helmy




Hakcipta iluminasi.com (2017)