Oleh pada 27 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Rashidi Ishak

   

"Jaga Aku Selamanya", sebuah drama terbitan KL Motion Pictures, kini menemui penonton di saluran TV3, mengambil alih slot Lestary yang biasa dipenuhi drama menarik itu.

   

jaga aku selamanya novel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Siri ini kini telah mempunyai pengikut tersendiri yang tidak kalah dengan drama-drama popular sebelum ini. Berikut adalah 10 fakta menarik tentangnya yang mungkin belum diketahui ramai.

   

jaga aku selamanya drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

1. Jaga Aku Selamanya disediakan di saluran TV3 sempena Kempen Seindah Kasih oleh Media Prima Berhad (MPB) untuk Ramadan 2023. Ada beberapa drama lain yang disajikan termasuklah Melur Untuk Firdaus 2, Bukan Puteri Lindungan Bulan, Kerasnya Takdir, Sekali Aku Bahagia, Bintang dan Misteri Flat Kirana.

   

jaga aku selamanya tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

2. Dalam tinjauan di media sosial, jalan cerita siri ini berjaya menarik perhatian wargamaya meskipun baru sahaja dua minggu ditayangkan. Setakat 8 episod yang telah tayang, ia terus menerima pujian kerana dianggap sebuah karya yang meruntun emosi dan menjentik perasaan.

   

jaga aku selamanya episod 50

Kredit foto: Instagram Rashidi Ishak

3. Ia dihasilkan oleh syarikat produksi KL Motion Pictures, yang telah membuktikan kejayaannya dalam menghasilkan drama-drama popular seperti Kampung People, i-Tanggang dan Keluarga Iskandar.

4. Lakonan utama dipegang oleh Nadiya Nisaa, aktres yang kekal relevan di kaca TV dan pawagam. Beliau baru-baru ini telah membintangi pelbagai drama seperti Bukan Syurga Pilihan, Liar The Series dan Salam Famili, selain juga filem Imaginur, Harum Malam dan Seratus.

   

jaga aku selamanya pelakon 826

Kredit foto: Instagram @damiaqaissarah05

5. Jaga Aku Selamanya turut menyaksikan kehadiran bintang-bintang terkenal seperti Johan As'ari, Didi Astillah, Danish Hazriq dan Iman Corinne Adrienne yang menyertai sebagai pelakon peranan kecil.

6. Selain sutradara Shahril Sarjen, pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2023 lalu, iaitu Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin turut terlibat dalam arahan.

7. Antara barisan pelakon yang juga membintangi adalah Marsya Zamani, seorang bintang media sosial yang sebelum ini dikenali sebagai ahli Team Ammar Nazhan yang terkenal dengan kandungan video YouTube yang popular.

   

cerita jaga aku selamanya

Kredit foto: Instagram Puteri Rafasya

8. Dalam tempoh penggambaran, telah berlaku kemalangan yang melibatkan salah seorang pelakon utama iaitu Puteri Rafasya. Tulang pinggulnya dilaporkan retak dan beliau mengalami masalah saraf yang memerlukan rawatan di hospital.

   

jaga aku selamanya sinopsis

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

9. Jika anda tidak dapat meluangkan masa untuk menonton rancangan di depan televisyen, anda masih boleh menyaksikan Jaga Aku Selamanya secara dalam talian (online) melalui platform penstriman Tonton untuk kemudahan tontonan digital.

   

jaga aku selamanya episode

Kredit foto: Instagram Rashidi Ishak

10. Awal bulan April, drama ini dijangka akan berakhir dan memberi ruang kepada drama bersiri terbaru bertajuk Bintang yang ditayangkan pada slot yang sama, dengan pasangan terkenal Daniel Fong dan Ruhainies sebagai bintang utamanya.

Untuk maklumat penuh mengenai Jaga Aku Selamanya, sila rujuk kepada artikel: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jaga Aku Selamanya (Slot Lestary TV3)

   

tonton jaga aku selamanya

jaga aku selamanya cast

jaga aku selamanya wikipedia

"Jaga Aku Selamanya" (bukan adaptasi novel) ditayangkan perdana pada 15 Mac 2023 di slot Lestary TV3. Kredit foto: Instagram Baqir Jamalullail

   

Tajuk cerita? Jaga Aku Selamanya

Berapa episod? 13 episod

Setiap hari apa? Rabu hingga Sabtu

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

   

Kredit video: HIGHLIGHT: Episode 8 - Kita Kena Teruskan Hidup Tanpa Ibu! | Jaga Aku Selamanya (2023) | Cast : Nadiya Nisaa, Puteri Rafasya, Baqir Jamalullail, Dzul Hadziq Zamri, Putri Iesya

Sumber:

1. Seindah Kasih semarak kempen Ramadan MPB

2. Jangankan nak berjalan, berdiri pun Puteri Rafasya tak boleh




Hakcipta iluminasi.com (2017)