Oleh pada 26 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

      

Gandingan serasi di layar, Janna Nick dan Dini Schatzmann kembali bersatu dalam sebuah projek lakonan baru bertajuk Cik P.A Tuan Ash.

         

sinopsis cik pa tuan ash

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

"Cik P.A Tuan Ash" adalah sebuah siri dalam slot Sakura yang menemui penonton TV3 bermula pada 20 Julai 2023 jam 6 petang setiap hari Rabu dan Khamis.

         

Sinopsis

Kecekapan Tuan Ash (Dini Schatzmann) dalam memimpin syarikat tidak sepadan dengan keupayaannya dalam mencari calon isteri. Walaupun berjaya dengan cemerlang dalam karier, Tuan Ash menghadapi masalah untuk mendapatkan pasangan hidup. Sering menjadi umpatan rakan sebaya, Tuan Ash berhasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya menjelang usia 31 tahun.

Lantaran itu, Tuan Ash menggajikan Husna (Janna Nick) sebagai pembantu peribadinya. Husna merupakan seorang PA yang sangat setia dan komited kepada Tuan Ash. Diberi tugas untuk mencari calon isteri bagi Tuan Ash, Husna menyerahkan sepenuh hatinya dalam peranan PA untuk membantu Tuan Ash mencapai impian berkahwin sebelum usia sasaran.

Setiap langkah Tuan Ash dalam berhubungan dengan calon kekasihnya dibimbing oleh nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna. Menemubual ramai wanita dan melontarkan nasihat serta tips yang berterusan untuk Tuan Ash, Husna sendiri masih mencari cinta. Namun, kehadiran Sam (Alvin Chong) telah mengisi dunia Husna dengan kebahagiaan dan keceriaan.

Kemunculan Sam sememangnya membawa kegembiraan yang besar kepada Husna, tetapi mereka sering diganggu oleh Tuan Ash yang sentiasa inginkan khidmat Husna. Selain itu, Tuan Ash juga seorang bos yang sangat teliti, sentiasa mencari kesempurnaan dan mengharapkan Husna untuk melaksanakan tugas rasmi dan urusan peribadinya.

Oleh sebab itu, Husna terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga dia tidak dapat meluangkan masa untuk dirinya sendiri. Ini menyebabkan konflik dalam hubungan Husna dengan Sam. Tuan Ash terus bergantung pada Husna sehingga Husna tidak mampu memenuhi keinginan Tuan Ash. Akhirnya, Husna nekad untuk melepaskan jawatannya sebelum Tuan Ash mencapai matlamat untuk berkahwin.

Keputusan itu diambil oleh Husna kerana dia terlalu sibuk dengan urusan percintaan Tuan Ash sehingga mengabaikan kekasihnya, Sam. Pemergian Husna menyedarkan Tuan Ash bahawa sebenarnya dia mencintai Husna. Kini, dia merencana misi untuk merebut cinta Husna dengan menggunakan nasihat dan tips yang diajarkan sebelum ini.

         

cik pa tuan ash episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Pelakon / Cast

Kombinasi serasi Janna Nick sebagai watak Husna dan Dini Schatzmann sebagai Tuan Ashley menghidupkan genre romantik komedi dalam drama ini, membawakan kisah seorang pembantu peribadi (PA) yang diberi tanggungjawab mencari pasangan hidup untuk bosnya.

Cik PA Tuan Ash menghadirkan nama-nama popular dalam kalangan selebriti masa kini dan senior, yang memainkan watak-watak sampingan, iaitu Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn, Hisham Zainal, Sharifah Husna, Dayang Areeda, Zalfa Zin, Syarafi Sudarmaji, Kween Keela, Ariel Izz, Ferth Jasni, Camelia Natasya, Faiez Affandi dan Zahir Deck.

         

Baca: Biodata Pelakon Dini Schatzmann

        

Watak Pelakon

Dini Schatzmann sebagai Tuan Ash

Janna Nick sebagai Husna

Alvin Chong sebagai Sam

Raja Azura sebagai Puan Diana

Jaafar Onn sebagai Khalid

Hisham Zainal sebagai Nasri

Sharifah Husna sebagai Zetty

Dayang Areeda sebagai Elina

Syarafi Sudarmaji sebagai Zarul

Zalfa Zin sebagai Adriana

Kween Keela sebagai Jojo

Ferth Jasni sebagai Faizul

Ariel Izz sebagai Arman

Camelia Natasya sebagai Lola

Zahir Deck sebagai Ikhmal

Faiez Affandi sebagai Mus

          

cik pa tuan ash cast

Kredit foto: Instagram Tanah Beris Film Production

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya terkini hasil usaha Tanah Beris Film Production Sdn Bhd ini dikendalikan oleh pengarah ternama Shuhaimi Lua sebagai sutradara, manakala skripnya ditulis oleh Zyza Backy.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: DI SANA DI SINI - SISSY IMANN [OFFICIAL LYRIC VIDEO OST CIK PA TUAN ASH]

        

Tajuk: Di Sana Di Sini

Penyanyi: Sissy Imann

Komposer: Sissy Imann

Penulis lirik: Sissy Imann

         

drama cik pa tuan ash

Cik PA Tuan Ash (karya bukan adaprasi novel) menggantikan siri Kampung Mat Saleh di slot Sakura. Kredit foto: Instagram Hisham Zainal

        

Waktu Siaran

Cik PA Tuan Ash, drama yang disajikan dalam 20 episod, merupakan kandungan terbaru dalam slot Sakura yang menemani penonton bermula pada 20 Julai 2023 setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6 petang di saluran TV3. Untuk keselesaan menonton yang lebih fleksibel, drama ini juga dapat disaksikan secara streaming menerusi aplikasi Tonton melalui langganan TontonUp.

        

Tajuk cerita? Cik PA Tuan Ash

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Rabu dan Khamis

Bila tayang? Jam 6 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

         

Kredit video: HIGHLIGHT: Episode 1 - Kau Jatuh Cinta Dengan PA Kau? | Cik PA Tuan Ash (2023)

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)