Kredit foto: Instagram Kimberly Chuah , Facebook Kimberly Chuah

        

Biodata

Nama penuh: Kimberly Chuah Ching Li

Nama komersial: Kimberly Chuah

Umur: 23 tahun (2023)

Bangsa: Cina

Tarikh lahir: 12 Jun 2000

Tempat lahir/ Asal: Setapak, Kuala Lumpur

Keluarga: Anak tunggal (Tidak mempunyai adik beradik lain)

Pendidikan: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model

Instagram (IG): @kimberly.chuah

        

Latar Belakang

1. Beliau merupakan antara anak seni tempatan berbangsa Cina yang diberi peluang untuk memasuki industri seni berbahasa Melayu, berkongsi ruang bersama pelakon-pelakon Cina seperti Sean Lee, Alvin Chong dan Daniel Fong.

2. Beliau mula mendapat populariti selepas viral di aplikasi TikTok pada tahun 2021 kerana penguasaan dan kefasihannya berbahasa Melayu yang mengagumkan. Ia menarik perhatian dan menerima respon positif daripada pengguna-pengguna dalam ruangan komen videonya yang telah mempunyai lebih daripada 1.5 juta tontonan. Salah satu video menarik yang dihasilkan oleh beliau adalah pengakuannya yang gemar makan sambal belacan. Baginya, jika tiada hidangan lain, nasi, telur dan sambal belacan sudah memadai.

3. Difahamkan, sejak kecil, Kimberly dibesarkan untuk fasih berbahasa Melayu. Menghadiri sekolah kebangsaan, beliau sering bergaul dengan pelbagai kaum, termasuk mempunyai ramai sahabat Melayu di sekolah serta ibu bapanya yang berketurunan Baba Nyonya biasa menggunakan bahasa Melayu di rumah.

4. Tambahan pula, apabila berjumpa dengan individu berbangsa Cina, Kimberly biasanya memilih untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan walaupun mereka boleh berbahasa Mandarin. Ini disebabkan oleh penguasaan bahasa Melayu dan Inggerisnya yang lebih baik berbanding Mandarin atau Hokkien.

5. Namanya semakin menyerlah selepas berjaya diterima sebagai peserta dalam pertandingan Pencarian Dewi Remaja 2022. Dalam persaingan itu, dia berjaya mencapai tempat ketiga di peringkat akhir, bersama dengan pemenang-pemenang lain iaitu Tracie Sinidol (Juara), Bee Aishah atau Siti Nur Aishah Bee Md Nor (Naib Juara) dan Alyssa / Noor Alyssa Ahmad Azim (Tempat Keempat). Peserta-peserta lain yang turut serta adalah Siti Auni Safiya Yusri (Auni), Fifi Filan Tisya Mohd Zain (Fifi), Keeranjit Kaur Darpit Singh (Keeran), Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar (Reezlyn), Dina Allysha Aminudin (Dina), Melissa Quek Ai Ying (Melissa), Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim (Hyeley), Malle Christian Anderson Barlus (Malle), Zafira Natasya Yong (Zafira), Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli (Eiman), Nur Rasyiqah Johan (Rasyiqah) dan Janani Baskaran (Janani).

6. Kini beliau rancak menerima peluang berlakon selepas memulakan pengalaman dalam industri lakonan pada penghujung tahun 2020. Peminat dapat menikmati lakonannya dalam pelbagai drama dan telefilem yang antaranya seperti Chinta Wrong Direction, Akim & Mira - Kisah Cinta 1999, Kelmarin Cinta, Journal Sarahaeyo, She Was Pretty, Seribu Nina, Pengantin Tangkap Muat, Lupakan Cinta, Nyawa Berganti Cinta dan Bakal Menantu. Selain daripada itu, beliau juga menyerlah dalam pementasan teater.

7. Tidak hanya hebat beraksi di hadapan kamera, beliau turut mempunyai bakat terpendam dalam muzik dan nyanyian, khususnya dalam genre rap. Beliau mampu menyampaikan dengan baik nyanyian lagu-lagu rap dalam bahasa Melayu. Bakat ini telah berkembang sewaktu di sekolah, ketika menyertai aktiviti luar bilik darjah seperti pertandingan debat.

       

Fakta Menarik

1. Mempunyai ketinggian sekitar 160 sentimeter (cm).

2. Berasal daripada keturunan Baba Nyonya.

3. Menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Marian Convent dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zon R1 Wangsa Maju.

4. Selalu aktif menyertai pertandingan perbahasan semasa zaman persekolahannya.

5. Cita-cita menjadi seorang pelakon telah disemat sejak zaman kecilnya.

6. Sebelum menyertai Dewi Remaja, dia terlebih dahulu menceburi dunia seni lakonan.

7. Sejak berada di tingkatan enam, dia telah melakukan pelbagai pekerjaan, termasuklah menjadi pekerja promosi, acara dan pelakon tambahan.

8. Tanggungjawab amat berat baginya sebagai seorang anak tunggal, kerana bapanya sudah tiada manakala ibunya tidak bekerja dan hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

9. Dia terpaksa menangguhkan impian untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat tertinggi kerana keutamaannya adalah membantu menampung keperluan kewangan keluarganya.

10. Antara lain yang kurang diketahui mengenai gadis manis ini adalah kebolehannya dalam seni tarian sebagai salah satu cabang minat.

11. Terkini, dia mengambil peranan dalam drama berepisod terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV3 dengan judul "Pemburu Rahsia," diterbitkan oleh Zeel Production. Drama dalam slot Samarinda itu turut menggabungkan beberapa pelakon terkenal seperti Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Fariz Isqandar, Raden Zaharatul, Muaz Zabir, Raff Roslee, Izzul Faiq, Jesse Lim, Kween Keela, Adwafri Shah dan ramai lagi.

       

Baca: Biodata Raff Roslee, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pemburu Rahsia (Slot Samarinda TV3)

Baca: Biodata Raden Zaharatul, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

       

Media sosial

Instagram: @kimberly.chuah

TikTok: @kimberly.chuah

YouTube: Kimberly Chuah

Facebook: Kimberly Chuah

Twitter: @Kimberly_Chuah

       

Foto

kimberly chuah wikipedia

kimberly chuah drama

KImberly membintangi drama 'Akim & Mira - Kisah Cinta 1999' bersama aktor Amir Ahnaf

kimberly chuah instagram

Kimberly dalam drama 'Seribu Nina'

drama pemburu rahsia

pelakon pemburu rahsia

kimberly chuah age

pemburu rahsia

kimberly chuah

kimberly chuah umur

Pada 2022, Kimberly pernah mengambil bahagian dalam rancangan televisyen I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kelima sebagai penyamar bersuara sumbang

kimberly chuah dewi remaja 2022

pemburu rahsia episod

Kredit foto: Instagram Kimberly Chuah , Facebook Kimberly Chuah

        

Video

Kredit video: ‘Amoi’ tak pelat cakap Melayu, suka sambal belacan

       

Sumber:

1. 'Amoi' tak pelat cakap Melayu, suka sambal belacan [METROTV]

2. “Ini Adalah Pencapaian Yang Besar..” – Aura & Kefasihan Bahasa Kebangsaan Kimberly Chuah Memikat!

3. Kimberly Chuah lakukan pelbagai kerja sejak tingkatan 6

4. “Kesempurnaan Memerlukan Praktik, Bukan Sekadar Teori..” Kebolehan Berbahasa Melayu Jadikan Kimberly Chuah UNIK

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)