Kredit foto: Instagram Raden Zaharatul , Twitter Raden Zaharatul , Facebook Raden Zaharatul

         

Biodata

Nama penuh: Raden Zaharatul Maisarah binti Afzzal Reehan

Nama komersial: Raden Zaharatul

Umur: 24 tahun (2023)

Tarikh lahir: 9 April 1999

Asal: Johor Bahru, Johor

Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Kelulusan Jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)

Pekerjaan: Pelakon

Instagram (IG): @radenzaharatul

         

Latar Belakang

1. Beliau lahir daripada program realiti Fit For Action yang diterbitkan oleh TV3 pada tahun 2022 sebagai juara dalam kategori wanita, bersama-sama dengan Muaz Zabir yang muncul juara dalam kategori lelaki. Fit For Action adalah sebuah program mencari bakat baharu yang menawarkan cabaran lakonan dan fizikal bagi melahirkan seorang pelakon serba boleh. Terdiri daripada 12 peserta, dengan campuran 6 lelaki dan wanita, mereka menjalani latihan bersama-sama dengan individu yang berpengalaman dalam industri seni.

2. Terlebih dahulu, Raden memulakan perjalanan dalam kerjaya seninya sejak remaja, dengan menjadi pelakon tambahan dalam filem Busker The Movie. Selepas terbitan filem tahun 2018 itu, dia memutuskan untuk meneruskan pengajian di menara gading.

3. Rezekinya terus melimpah-ruah hingga saat ini apabila dia dipilih untuk mengambil bahagian dalam penggambaran pelbagai drama dan telefilem, termasuk Cinta Ke Dua (My Mister Blind Date), Kerana Cinta Itu Ada, Mencari Kiblat Cinta, Hello Jangan Tapau Cintaku, Hawt Fellas, Syurga Di Hati Rahmah, Cik Sempurna, Kisah Cinta Rumi, Suatu Hari Satu Ketika, Siapa Ramie, Ajak Oh Ijal, Inspektor Babyface dan banyak lagi.

4. Dalam perkembangan terkini, dia berperanan dalam drama berepisod terbaru di TV3 yang bertajuk "Pemburu Rahsia" dihasilkan oleh syarikat produksi Zeel Production. Siri drama ini disiarkan dalam slot Samarinda dan turut menggabungkan pelakon-pelakon terkenal seperti Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Kimberly Chuah, Fariz Isqandar, Muaz Zabir, Raff Roslee, Izzul Faiq, Silfeny Osman, Kween Keela, Jesse Lim, Adwafri Shah dan ramai lagi.

        

Fakta Menarik

1. Dia telah lama bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon, bahkan sejak kecil lagi impian itu sudah ditanam.

2. Fit For Action menjadi peluangnya untuk mendapatkan bimbingan dalam seni lakonan dan memperoleh pendidikan formal dalam bidang tersebut, kerana sebelum ini, dia hanya memungut pengalaman di lokasi penggambaran.

3. Kini, dia sering menerima tawaran dan dikenali sebagai pelakon yang sinonim melakonkan watak-watak antagonis di televisyen.

4. Raden berhasrat ingin berlakon bersama pelakon handalan, Bront Palarae suatu hari nanti, jika peluang datang, kerana dia mempunyai minat mendalam terhadap kualiti lakonan lelaki itu yang telah membuktikan dirinya sebagai pelakon yang ulung. Bront pernah dinamakan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin Ke-14, malah terkenal di luar negara atas pencapaiannya.

5. Imbas kembali pada tahun 2018, salah satu kiriman di akaun laman sosial X (Twitter) miliknya, @RadenZaharatul, pernah menjadi bualan hangat. Kiriman itu berkisar tentang perubahan positif pada penampilan fizikalnya selepas ditinggalkan oleh kekasih yang menghina dia sebagai 'gemuk'. Ketika itu, berat badannya 63 kilogram (kg) dan wajahnya penuh dengan jerawat, sehingga dia diejek sebagai 'gajah' dan 'jalan tar' oleh bekas teman lelakinya sebelum memutuskan untuk berpisah. Namun, dia kemudian nekad untuk membuktikan perubahan pada diri, dan usahanya yang gigih berbuah hasil apabila berat badan berjaya diturunkan sehingga 58 kilogram. Sejak itu, penampilannya menjadi lebih langsing dan kulit wajahnya semakin licin.

         

Baca: Biodata Raff Roslee, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pemburu Rahsia (Slot Samarinda TV3)

Baca: Biodata Kimberly Chuah, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

         

Foto

raden zaharatul dulu

siapa raden zaharatul

raden zaharatul instagram

raden zaharatul wikipedia

raden zaharatul age

pemburu rahsia 845

pelakon pemburu rahsia 43

pemburu rahsia cast

pemburu rahsia episod 558

raden zaharatul drama

raden zaharatul

drama pemburu rahsia 37

raden zaharatul umur

keluarga raden zaharatul

Ibu Raden. Kredit foto: Instagram Raden Zaharatul , Twitter Raden Zaharatul , Facebook Raden Zaharatul

          

Video

Kredit video: Juara Fit For Action: Raden Zaharatul & Muaz Zabir | WHI (12 Oktober 2022)

        

Sumber:

1. Raden kagumi Bront Palarae

2. Muaz, Raden mahu bukti keupayaan

3. Pernah digelar 'gajah' dan 'jalan tar', gadis ini ada cara balas dendam

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)