Kredit foto: Instagram Raff Roslee , Facebook Elfe Martin

        

Biodata

Nama sebenar: Asyraf Roslee

Nama komersial: Raff Roslee

Umur: 30 tahun (2023)

Tarikh lahir: 22 Mac 1993

Tempat lahir / Asal: Sarawak

Pendidikan: Kelulusan Jurusan Pembinaan Bangunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Samarahan, Sarawak

Pekerjaan: Pelakon, Model

Instagram (IG): @raff.roslee

        

Latar Belakang

1. Raff merupakan bekas finalis dalam pertandingan Mister Planet Nation Malaysia (MPM) bagi edisi tahun 2018.

2. Kerana tidak menemui peluang kerjaya dalam bidang pengajiannya, dia menggunakan MPM 2018 sebagai platform untuk mewujudkan nama dalam industri seni dan mengejar peluang dalam kerjaya hiburan.

3. Perjalanan dalam bidang lakonannya telah bermula sejak zaman pengajian, ketika menyertai kumpulan teater di kampus yang berperanan sebagai platform untuk membina asas dalam bidang lakonan.

4. Antara drama dan telefilem yang dia sertai sebagai pelakon untuk menghidupkan watak, beberapa daripadanya termasuklah Chinta Wrong Direction, I Love You Stupid, Inikah Dikatakan Cinta, Pengantin Tangkap Muat, Dania, Angah, Amshar Bukan Asha dan Iktibar, juga filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda di layar lebar.

5. Telefilem Angah yang tular di media sosial terutamanya aplikasi TikTok telah membawa namanya ke hadapan sebagai pelakon yang mempunyai potensi di mata ramai. Kemudiannya, drama bersiri Chinta Wrong Direction memanaskan kembali namanya apabila peranan sebagai Fuad mencuri perhatian.

6. Dalam perkembangan terkini, dia dibawakan sebagai salah seorang pemegang watak dalam drama terbaru "Pemburu Rahsia" di TV3. Drama ini diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production yang mengambil alih slot Samarinda, dan turut menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Kimberly Chuah, Raden Zaharatul, Fariz Isqandar, Muaz Zabir, Silfeny Osman, Izzul Faiq, Jesse Lim, Kween Keela, Adwafri Shah dan ramai lagi.

       

Fakta Menarik

1. Ketinggian fizikalnya adalah 176 sentimeter (cm).

2. Asalnya dia memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan yang turut muncul dalam iklan komersial di televisyen tempatan.

3. Mengambil inspirasi daripada beberapa pelakon hebat yang mendorongnya memacu kejayaan, terutama idolanya sepanjang masa, Sylvester Stallone, yang sangat sinonim dengan watak Rambo dalam industri Hollywood.

4. Selebihnya, dia mempunyai impian untuk mengembangkan pengaruh ke negara luar, termasuk Indonesia, dengan tujuan mengeksplorasi kepelbagaian seni lakonan.

       

Baca: Biodata Kimberly Chuah, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

Baca: Biodata Raden Zaharatul, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pemburu Rahsia (Slot Samarinda TV3)

         

Foto

raff roslee instagram

asyraf roslee

pemburu rahsia pelakon 67518

raff roslee age

raff roslee

drama pemburu rahsia 52796

raff roslee drama

Persembahan watak oleh Raff Roslee, pendatang baharu ini, dalam telefilem Angah telah menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen

raff roslee umur

raff roslee wikipedia

pemburu rahsia 15358

pemburu rahsia episod 58604

Kredit foto: Instagram Raff Roslee , Facebook Elfe Martin

        

Sumber:

1. Raff Roslee yakin melangkah

2. Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)

3. Instagram Raff Roslee

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)