Kredit foto: Instagram Auni Yusri , Facebook Sktn Nirwana

         

Biodata

Nama penuh: Siti Auni Safiya binti Yusri

Nama komersial: Auni Yusri

Umur: 23 tahun (2023)

Tarikh lahir: 11 Jun 2000

Asal: Selangor

Pendidikan: Sarjana Muda Jurusan Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Kerjaya: Pelakon, Model

Instagram (IG): @auniyusrii

       

Latar Belakang

1. Beliau merupakan bekas finalis program realiti Pencarian Dewi Remaja 2022 yang bersaing dengan 15 peserta, termasuk - Tracie Sinidol (Juara), Bee Aishah atau Siti Nur Aishah Bee Md Nor (Naib Juara), Kimberly atau Kimberly Chuah Ching Li (Tempat Ketiga), Alyssa atau Noor Alyssa Ahmad Azim (Tempat Keempat), Fifi Filan Tisya Mohd Zain (Fifi), Keeranjit Kaur Darpit Singh (Keeran), Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar (Reezlyn), Dina Allysha Aminudin (Dina), Melissa Quek Ai Ying (Melissa), Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim (Hyeley), Malle Christian Anderson Barlus (Malle), Zafira Natasya Yong (Zafira), Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli (Eiman), Nur Rasyiqah Johan (Rasyiqah) dan Janani Baskaran (Janani).

2. Namanya semakin terkenal melalui peluang yang datang dalam bidang lakonan, dengan penampilan dalam drama dan telefilem seperti Chinta Wrong Direction, One Million Dollar Voice, Keluarga Instafamous dan Raya Sebagai Isteri.

3. Dalam perkembangan masa kini, beliau diberi peranan dalam drama berepisod slot Akasia di saluran TV3 yang judulnya Luruhnya Bunga Cinta. Siri ini merupakan adaptasi dari drama Korea, Autumn In My Heart dan dia berkongsi skrin dengan pelakon-pelakon ternama seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, Aniq Durar, Iman Suhana, Shah Rezza, Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Raja Azmi, Bella Hanna, Watie Sadali, Laila Nasir dan Hafiz Halim.

        

Fakta Menarik

1. Mempunyai ketinggian 163 sentimeter (cm).

2. Beliau, yang berminat dalam seni pengacaraan, mempunyai impian untuk mengendalikan program berskala mega seperti Gegar Vaganza (GV). Pengalaman menonton rancangan seumpama itu di televisyen telah memberi banyak pembelajaran tentang taktik dan cara penyampaian yang boleh dipelajari daripada pengacara-pengacara senior.

3. Dalam kalangan hos tempatan, Ain Edruce adalah individu yang beliau kagumi secara peribadi kerana kebijaksanaannya dalam mengelolakan tetamu dan suasana di set.

4. Turut menghormati Izara Aishah sebagai antara personaliti kegemaran disebabkan oleh kebijaksanaannya, kemahiran komunikasi dan seorang yang dianggap sentiasa bersedia tampil dalam segala situasi.

        

Media sosial

Facebook: Auni Yusri

Instagram: @auniyusrii

TikTok: @auniyusrii

       

Baca: Biodata Bella Luna (Bella Hanna), Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Autumn In My Heart (Korea)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (Slot Akasia TV3)

Baca: Biodata Tracie Sinidol, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

Baca: Biodata Aniq Durar, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

        

Foto

auni yusri instagram

auni yusri umur

auni yusri wikipedia

pelakon luruhnya bunga cinta

luruhnya bunga cinta cast

auni yusri dewi remaja 2022

auni yusri drama

auni yusri age

auni yusri

luruhnya bunga cinta

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Auni terlebih dahulu merentasi pintu dunia seni menerusi kerjaya lakonan

luruhnya bunga cinta episod

luruhnya bunga cinta drama

Dia telah berjaya bolos ke peringkat akhir Dewi Remaja 2022. Kredit foto: Instagram Auni Yusri , Facebook Sktn Nirwana

        

Video

Kredit video: Final Dewi Remaja 2022 | Keywords Group A, Zafira, Janani, Hyeley, Alyssa & Auni

        

Sumber:

1. TikToker, Peserta Dari Sabah - Antara 16 Finalis Pencarian Dewi Remaja 2022! Che Ta Dilantik Sebagai Juri Tetap

2. Profil Dewi Auni

3. Drama Sangat

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)