Oleh pada 29 Sep 2023 kategori

         

"Autumn in My Heart" merupakan sebuah drama Korea Selatan yang ditayangkan melalui saluran KBS2 pada tahun 2000. Drama ini menampilkan Song Hye Kyo dan Song Seung Heon, serta merupakan bahagian pertama dalam siri Endless Love arahan Yoon Seok-ho. Siri ini juga terdiri daripada empat bahagian lain, iaitu "Winter Sonata," "Summer Scent" dan "Spring Waltz."

       

autumn in my heart sinopsis

          

Drama yang mengangkat kisah cinta dan kehilangan ini telah diadaptasi ke beberapa buah negara, iaitu Indonesia dengan judul 'Demi Cinta' (2005), Filipina 'Endless Love' (2010), Thailand 'Autumn In My Heart' (2013), Turki 'Paramparça' (2014), China 'Autumn Fairy Tale' (2019) dan Malaysia 'Luruhnya Bunga Cinta' (2023).

         

Sinopsis

Kisah ini bermula dengan watak Yoon Joon-suh, seorang kanak-kanak kecil, secara tidak sengaja mengakibatkan pertukaran adiknya dengan seorang bayi lain, ketika dia menyebabkan kad nama terjatuh di antara dua katil bayi di bilik hospital. Kesilapan tragik ini menyebabkan Yoon Eun-suh (Moon Geun-young) membesar sebagai adik kepada Yoon Joon-suh (Choi Woo-hyuk) tanpa pengetahuan mereka berdua tentang kebenaran hubungan biologi mereka.

Sebagai remaja, Eun-suh terkenal sebagai gadis paling popular dalam kelasnya, membangkitkan perasaan cemburu Choi Shin-ae (Lee Ae-jung). Shin-ae seorang yang bijak, tetapi dia tidak menerima perhatian sewajarnya dari guru dan rakan-rakan sekelas.

Identiti sebenar Eun-suh akhirnya terbongkar. Eun-suh mendapat tahu bahawa dia bukanlah anak kandung Yoon setelah ujian darah dilakukan. Shin-ae kemudian berpindah ke rumah keluarga Yoon, manakala Eun-suh menetap bersama Puan Choi, yang mengendalikan restoran kecil dan menjalani kehidupan yang miskin. Nasib mereka seolah bertukar. Shin-ae menjadi lebih popular di kelas sekarang, sementara Eun-suh diabaikan.

Keluarga Yoon berpindah ke Amerika Syarikat dan sejak itu, Eun-suh terputus hubungan dengan mereka.

Sepuluh tahun berlalu, Joon-suh (Song Seung-heon) pulang ke Korea Selatan sebagai seorang artis yang berjaya dan kembali ke kampung halamannya untuk bertemu Eun-suh (Song Hye-kyo) yang bekerja di sebuah hotel. Joon-suh berasa bersalah kerana Eun Seo hidup dalam keadaan yang sukar sejak dipisahkan daripada keluarganya. Sementara itu, pengakuan Tae-seok, seorang rakan lama yang jatuh cinta kepada Eun-suh, membuat Joon-suh berasa terganggu.

Suatu hari, Eun-suh melihat Joon-suh bersama tunangnya, Yumi (Han Na-na) dan Tae-seok di pantai. "Adik-beradik" ini bertemu dan menjalin cinta secara rahsia.

Eun-suh dan Joon-suh keluar bercuti berdua menyebabkan hubungan mereka terdedah kepada ibu bapa mereka. Apabila mereka cuba untuk tinggal bersama, ibu bapa mereka menentangnya. Malah pengumuman Joon-suh untuk berkahwin dengan Eun-suh juga tidak direstui keluarganya.

Apabila Yumi menyedari bahawa perasaan antara Eun-suh dan Joon-suh lebih daripada hubungan adik-beradik, Yumi menyakiti dirinya sendiri agar Joon-suh bersamanya dan meninggalkan Eun-suh. Kerana bersalah melihat kemurungan Yumi, Joon-suh akhirnya menuruti kemahuan Yumi.

Eun-suh pula berbohong kepada Joon-suh bahawa dia masih berpasangan dengan Tae-seok.

Apabila Eun-suh mendapat tahu bahawa dia menghidap leukemia, dia merahsiakan penyakitnya daripada Joon-suh. Tae-seok memohon Eun-suh memberikannya peluang untuk menyembuhkannya.

Pada saat penyakitnya mencapai tahap kritikal, Joon-suh kemudiannya dimaklumkan. Joon-suh berusaha membawa Eun-suh pulang agar mereka dapat menghabiskan sisa hari-hari terakhir mereka bersama. Pada masa ini, Yumi melepaskan Joon-suh kepada Eun-suh lalu menyambung pengajian di luar negara. Malah, Tae-seok juga meninggalkan Joon-suh dan Eun-suh bersama.

Joon-suh melamar Eun-suh dan mereka akhirnya berkahwin. Namun Eun-suh menghembuskan nafas terakhirnya ketika mereka berada di pantai tempat mereka menghabiskan hari jadi zaman remaja mereka.

Eun-suh meninggal dunia dalam pelukan Joon-suh. Sebelum pergi, Eun-suh berpesan kepada Joon-suh agar "move on" dan meneruskan hidup.

         

Baca: Biodata Bella Luna (Bella Hanna), Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta, Versi Malaysia Autumn In My Heart (Slot Akasia TV3)

Baca: 10 Drama Korea Terbaru 'Best', Boleh Tonton Secara Online!

Baca: Biodata Tracie Sinidol, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

         

Pelakon / Cast

Penggerak utama dalam siri ini adalah Song Seung-heon, yang memainkan peranan Yoon Joon-suh, manakala Song Hye-kyo sebagai Yoon / Choi Eun-suh dan Won Bin sebagai Han Tae-seok.

            

drama autumn in my heart

         

Melengkapkan lagi perjalanan siri drama ini adalah Choi Woo-hyuk, Moon Geun-young, Han Chae-young, Lee Ae-jung, Han Na-na, Jung Dong-hwan, Sunwoo Eun-sook, Kim Hae-sook, Kim Na-woon, Kim Hyung-jong dan Seo Yoon-jae.

          

Watak Pelakon

Song Seung-heon sebagai Yoon Joon-suh

Song Hye-kyo sebagai Yoon/Choi Eun-suh

Won Bin sebagai Han Tae-seok

Han Chae-young sebagai Choi/Yoon Shin-ae

Choi Woo-hyuk sebagai Joon-suh (muda)

Moon Geun-young sebagai Eun-suh (muda)

Lee Ae-jung sebagai Shin-ae (muda)

Han Na-na sebagai Shin Yoo-mi

Jung Dong-hwan sebagai Professor Yoon (bapa Joon-suh)

Sunwoo Eun-sook sebagai Lee Kyung-ha (ibu Joon-suh)

Kim Hae-sook sebagai Kim Soon-im (ibu Eun-suh)

Kim Na-woon sebagai Supervisor Housekeeping Kim

Kim Hyung-jong sebagai Ji-han

Seo Yoon-jae sebagai Kang-hee

            

pelakon autumn in my heart

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah ini merupakan sebuah karya arahan Yoon Seok-ho yang menggunakan skrip daripada penulis Oh Soo-yeon, dan ia kemudiannya diangkat ke skrin TV oleh produksi KBS.

         

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Reason

Penyanyi: Jung Il-young

            

luruhnya bunga cinta 182

K-drama ini adalah salah satu siri Korea yang paling ikonik dan popular sepanjang masa, dengan penampilan oleh Song Hye Kyo dan Song Seung Heon sebagai teraju utamanya.

         

Waktu Siaran

Autumn In My Heart dilancarkan dalam siaran sebanyak 16 episod telah menghiasi kaca televisyen pada 18 September 2000 hingga 7 November 2000 di saluran KBS2.

         

Tajuk cerita? Autumn In My Heart

Berapa episod? 16 episod

Bila tayang? 18 September 2000 hingga 7 November 2000

             




Hakcipta iluminasi.com (2017)