Kredit foto: Instagram Tracie Sinidol , Facebook Tracie Sinidol

         

Biodata

Nama penuh: Tracie Sinidol

Nama komersial: Tracie Sinidol

Umur: 22 tahun (2023)

Tarikh lahir: 24 September 2001

Tempat lahir / Asal: Keningau, Sabah

Keluarga: Anak kelima daripada sebelas orang adik beradik

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kerjaya: Pelakon, Model

Instagram (IG): @traciesinidol_official

TikTok: @traciesinidol

        

Latar Belakang

1. Gadis ini berketurunan Murut dan Dusun yang dilahirkan kepada Sinidol Stimin (bapa) dan Veronica Tajin (ibu).

2. Dia mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau Dua.

3. Dia pernah menjadi juara dalam pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau Tambunan, yang diadakan sempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan. Manakala kakaknya, Grace Sinidol juga memenangi pertandingan ratu cantik dalam perayaan Kalimaran Murut dan Unduk Ngadau Kaamaatan.

4. 2017 merupakan tahun di mana dia menjadi sebutan di platform media sosial kerana rupa parasnya yang disamakan dengan beberapa selebriti terkenal seperti Mira Filzah, Diana Danielle dan model China, Angelababy. Setelah itu, pelbagai tawaran datang padanya, tetapi banyak yang perlu ditolak kerana dia masih bersekolah.

5. Pada tahun 2022, dia memenangi gelaran juara dalam program realiti bakat remaja wanita, Pencarian Dewi Remaja 2022 yang dianjurkan oleh Majalah Remaja. Kejayaannya ini melepaskan peluang 15 peserta lain yang bertanding, iaitu - Bee Aishah atau Siti Nur Aishah Bee Md Nor (Naib Juara), Kimberly atau Kimberly Chuah Ching Li (Tempat Ketiga), Alyssa atau Noor Alyssa Ahmad Azim (Tempat Keempat), Siti Auni Safiya Yusri (Auni Yusri), Fifi Filan Tisya Mohd Zain (Fifi), Keeranjit Kaur Darpit Singh (Keeran), Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar (Reezlyn), Dina Allysha Aminudin (Dina), Melissa Quek Ai Ying (Melissa), Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim (Hyeley), Malle Christian Anderson Barlus (Malle), Zafira Natasya Yong (Zafira), Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli (Eiman), Nur Rasyiqah Johan (Rasyiqah) dan Janani Baskaran (Janani).

Dengan kemenangan itu, dia meraih ganjaran berupa wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah trofi. Selain daripada gelaran juara, dia turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Dewi Favourite, hasil daripada undian peminat secara dalam talian.

6. Hingga ini, penerbit telah memberikan peluang kepada dirinya untuk melakonkan watak dalam beberapa drama dan telefilem seperti One Million Dollar Voice (1MDV), Imam Instant Ustazah Scammer (penampilan istimewa), Puaka Cuti Semester, Diari Chinta, Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar, termasuk filem Kolej Puaka yang akan datang di pawagam.

7. Tidak hanya itu, dia pernah beraksi sebagai model dalam video muzik untuk lagu "Menggenggam Bahagia" yang dinyanyikan oleh penyanyi ternama Sufian Suhaimi, yang diluncurkan pada 2023.

8. Mengenai perkembangan semasa, dia bakal memegang watak sebagai 'heroin' dalam drama berepisod slot Akasia di saluran TV3 yang berjudul Luruhnya Bunga Cinta. Drama adaptasi dari siri Korea, Autumn In My Heart ini juga menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Redza Rosli, Auni Yusri, Nabila Razali, Aniq Durar, Bella Luna, Iman Suhana, Eizlan Yusof, Watie Sadali, Shah Rezza, Zila Bakarin, Raja Azmi, Hafiz Halim dan Laila Nasir.

         

Fakta Menarik

1. Berketinggian tubuh 159 sentimeter (cm).

2. Pada asalnya, impiannya adalah ingin menjadi seorang guru.

3. Menggemari hidangan tradisional tuhau dan lada putih.

4. Bakatnya meliputi lakonan, nyanyian, pengacaraan, penciptaan lagu dan tarian.

5. Berminat untuk memegang watak aksi dalam filem dan ingin berkolaborasi dengan dua aktor ulung, Datuk Adi Putra dan Meerqeen.

         

Baca: Biodata Bella Luna (Bella Hanna), Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Autumn In My Heart (Korea)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (Slot Akasia TV3)

Baca: Biodata Auni Yusri, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

Baca: Biodata Aniq Durar, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

       

Foto

tracie sinidol instagram

tracie sinidol umur

tracie sinidol age

tracie sinidol drama

tracie sinidol wikipedia

luruhnya bunga cinta cast 10

drama luruhnya bunga cinta

pelakon luruhnya bunga cinta 871

tracie sinidol dewi remaja 2022

autumn in my heart malaysia

luruhnya bunga cinta 643

one million dollar voice cast

Dalam pandangan netizen, Tracie sering diibaratkan sebagai 'kembar' kepada Mira Filzah

tracie sinidol

Tracie mengambil peranan sebagai 'Nuha' dalam siri drama Luruhnya Bunga Cinta

luruhnya bunga cinta episod 570

Kredit foto: Instagram Tracie Sinidol , Facebook Tracie Sinidol

         

Video

Kredit video: Final Dewi Remaja 2022 | Q&A Tracie Sinidol

          

Sumber:

1. Profil Dewi Tracie

2. Tuah Tracie

3. Tracie Sinidol, Unduk Ngadau Miliki Pelbagai Bakat

4. Drama Sangat

5. “Stop la!” - Tracie mahu dikenali atas bakat sendiri, enggan dibayangi nama Mira Filzah

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)