Kredit foto: Instagram Aniq Durar , Facebook Noor Jahan Khawas Khan

       

Biodata

Nama sebenar: Awangku Aniq Durar bin Pengiran Malyx

Nama komersial: Aniq Durar

Umur: 30 tahun (2023)

Tarikh lahir: 18 Mac 1993

Tempat lahir / Asal: Sarawak

Agama: Islam

Keluarga: Anak kelima daripada tujuh orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Perniagaan daripada Monash University, Australia

Kerjaya: Pelakon, Model, Pengamal Teater

Instagram (IG): @aniqdurar

TikTok: @aniqdurar

        

Latar Belakang

1. Berbangsa suku kaum Melanau, dia mempunyai darah kacukan Melanau-Pashtun, kerana bapanya adalah seorang Melanau dari Sarawak, manakala ibunya berketurunan Afganistan yang berasal dari Ipoh, Perak.

2. Asalnya dia menimba pendidikan awal di Kuching, Sarawak sebelum kemudian berhijrah ke Melbourne, Australia untuk meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan.

3. Dalam dunia seni, dia pernah menampilkan peranan dalam beberapa drama seperti Luruhnya Bunga Cinta, Pink Smile, Langkah Mayat dan Alice Kampung Baru, serta terlibat dalam dunia filem menerusi karya-karya seperti Pagari Bulan dan Nyonya Ronggeng yang bakal menemui penonton di pawagam.

4. Akan datang, dia diberi watak dalam drama bersiri slot Akasia di saluran TV3 dengan judul Luruhnya Bunga Cinta. Drama ini diadaptasi daripada siri Korea, Autumn In My Heart. Dia bakal beraksi di samping pelakon-pelakon terkenal seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, Auni Yusri, Shah Rezza, Zila Bakarin, Iman Suhana, Eizlan Yusof, Bella Hanna, Watie Sadali, Raja Azmi, Laila Nasir, Hafiz Halim dan ramai lagi.

       

Fakta Menarik

1. Seorang yang gemar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola.

2. Hidangan kegemarannya ialah Naan, termasuk Umai iaitu sejenis hidangan tradisional asli yang berasal daripada orang Melanau di Sarawak.

3. Bapanya adalah seorang bekas nakhoda kapal yang dahulunya suka membawa ahli keluarganya mengelilingi dunia ke pelbagai negara, termasuk Jepun, Kanada, Amerika dan Indonesia.

4. Menjadi seorang pelakon bukanlah sesuatu yang dicita-citakan olehnya suatu ketika dahulu. Lebih-lebih lagi, ibu bapanya lebih cenderung menggalakkan dia dan adik-beradiknya menceburi bidang sains. Walau bagaimanapun, mereka sudahnya lebih menjurus ke arah seni; kakaknya yang belajar dalam bidang perbankan menjadi seorang penari, manakala abangnya yang mengikuti Bio-Technology kini berada di Los Angeles untuk mengejar impian menjadi penyanyi.

       

Baca: Biodata Bella Luna (Bella Hanna), Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Autumn In My Heart (Korea)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (Slot Akasia TV3)

Baca: Biodata Tracie Sinidol, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

Baca: Biodata Auni Yusri, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

        

Foto

aniq durar instagram

siapa aniq durar

aniq durar age

ketinggian aniq durar

aniq durar family

aniq durar umur

aniq durar height

aniq durar wikipedia

drama aniq durar

Pada tahun 2018, Aniq pernah mengambil bahagian dalam persembahan teater jalanan yang diberi tajuk 'River' sempena festival 'What About Kuching'

pelakon luruhnya bunga cinta 597

luruhnya bunga cinta drama 8

aniq durar

luruhnya bunga cinta 207

luruhnya bunga cinta cast 322

luruhnya bunga cinta episod 46

Kredit foto: Instagram Aniq Durar , Instagram TV3 Malaysia , Instagram @sucieyahaya_official , Facebook Noor Jahan Khawas Khan

       

Sumber:

1. TikTok aniqdurar

2. Fresh Face - Aniq Durar

3. Drama Sangat

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)