Kredit foto: Instagram Bella Hanna

         

Menyambut musim kedua siri drama popular, Luruhnya Bunga Cinta, yang bakal kembali dalam lebih kurang dua minggu lagi, mari kita kenali lebih dekat pelakon Bella Luna yang membawakan watak sebagai 'Aleen' ini.

        

Biodata Bella Luna, Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta Musim 2

Nama sebenar: Farhana Nabila binti Rosman

Nama komersial: Bella Hanna, Bella Luna, Bella Mariofav

Umur: 28 tahun (2024)

Tarikh lahir: 29 September 1996

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur

Agama: Islam

Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Berkelulusan dalam jurusan Perhubungan Awam daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam

Pekerjaan: Pelakon, Pengacara, Model, Personaliti Media Sosial, Pegawai Perhubu­ngan Awam (PRO)

Instagram (IG): @mariofav

        

Latar Belakang

1. Akrab disapa dengan panggilan Bella.

2. Dibesarkan di Kuala Lumpur.

3. Meniti kerjaya sebagai pegawai perhubungan awam (PRO) di sebuah syarikat swasta.

4. Dalam industri hiburan, dia beraksi sebagai pelakon dan pengacara.

5. Selain berlakon, dia menjalankan peranan sebagai model, selaku kerjaya sampingan.

6. Drama televisyen tempatan dimeriahkan lagi dengan penyertaan wajahnya dalam peranan lakonan siri Luruhnya Bunga Cinta, Luruhnya Bunga Cinta 2, Oh Seragam Cinta serta beberapa yang lain.

7. Menyampaikan peranan sebagai pengacara untuk Hlive, sebuah rancangan berita mengenai selebriti dan hiburan.

       

Fakta Menarik

1. Bekas pemenang EH! Influencer Search 2020 dalam kategori kecantikan.

2. Kerap menjayakan iklan komersial serta bergerak aktif dalam dunia peragaan.

3. Pengalaman sebagai model iklan tidak setakat di negara ini, bahkan wajahnya muncul di televisyen hingga ke negara Indonesia dan Thailand.

4. Sejak kecil, dia telah mempunyai minat untuk beraksi di hadapan kamera.

5. Di awalnya, berlakon tidak pernah terlintas di benaknya; hanya suka-suka. Tetapi setelah mencuba, minatnya itu mula bercambah.

6. Luruhnya Bunga Cinta menjadi drama pertamanya untuk peranan utama yang besar.

7. Kegemarannya terhadap fesyen membawa dia kepada bidang peragaan.

8. Bapanya yang memahami minatnya, menjadi individu yang bertanggungjawab menghantarnya ke syarikat pengiklanan untuk TVC (iklan TV komersial).

9. Pengalaman berperanan sebagai model melibatkan iklan F&N, L'oreal dan Enchanteur. 

10. Ketika pengajian, dia yang dalam pengagihan masa, meletakkan pelajaran sebagai keutamaan dan hanya menerima tawaran sebagai model semasa cuti semester.

11. Gemar membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Dia pernah terlibat dalam beberapa usaha amal di UiTM sebagai sukarelawan, termasuklah menyertai program 'Suspended Meal' yang memberikan makanan percuma kepada penuntut yang memerlukan.

         

'Luruhnya Bunga Cinta 2' bakal menemui penonton pada 16 Februari 2024 dengan barisan pelakon hebat seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, Aniq Durar, Auni Yusri, Bella Luna, Iman Suhana, Hafiz Halim dan ramai lagi.

        

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Shukri Yahaya - Pelakon Drama Berepisod Layang Layang Perkahwinan (Astro Ria), Gandingan Ezzanie Jasny

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Autumn In My Heart (Korea)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (Musim 1), Adaptasi Siri Autumn In My Heart (Slot Akasia TV3 & iQIYI)

         

Foto

pelakon bella luna

bella hanna biodata

bella luna wikipedia

bella hanna

mariofav

bella luna malaysia

bella luna

pelakon bella hanna

pelakon luruhnya bunga cinta 97451

luruhnya bunga cinta 99446

luruhnya bunga cinta 2 87844

luruhnya bunga cinta musim 2 51584

Kredit foto: Instagram Bella Hanna

        

Video

Kredit video: Nama awak Syalalala? | Luruhnya Bunga Cinta Episod 1 - 2 | iQIYI Malaysia

       

Sumber:

1. Bella Hanna tak sekadar bersandar rupa paras

2. Bella rindu berbuka puasa bersama keluarga

3. Wajah Komersial

4. Aida Azman dan Farhana Nabila, Pemenang EH! Influencer Search 2020

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)