Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Khai Bahar dan Sharifah Rose tampil dalam 'Cinta Bukan Milik Kita', sebuah drama arahan Emi Suffian yang bakal menyinari slot Samarinda.
Sinopsis
Cinta Bukan Milik Kita mengisahkan tentang sebuah cinta yang terhalang oleh jurang dunia yang berbeza. Di sebalik latar desa yang indah di negeri Perlis, cerita ini membawa penonton menyelami hati dua insan — seorang pemuda kampung yang sanggup mengorbankan segalanya demi kebahagiaan dan seorang wanita bandar yang menerima dirinya dengan penuh keikhlasan. Namun, cinta mereka diuji apabila perbezaan kehidupan menjadi tembok yang memisahkan.
Kisah ini berputar sekitar Redza (Khai Bahar), seorang anak sulung daripada tiga beradik dalam keluarga sederhana, yang telah terbiasa dengan kesibukan di kebun Harum Manis milik keluarganya. Walaupun masih bersekolah, Redza tak pernah mengeluh membantu ayahnya mengusahakan kebun setiap petang. Sebagai seorang anak yang rajin dan berwawasan besar, masa depan cerah terbentang di hadapannya.
Namun, saat takdir mula mencampur aduk kehidupannya, kematian mengejut ayahnya memaksa Redza meninggalkan bangku sekolah. Dia mengambil tanggungjawab besar mengurus kebun peninggalan keluarganya demi memastikan adik-adiknya tidak kehilangan harapan.
Redza terus bertarung mempertahankan kebun Harum Manis yang menjadi warisan keluarganya daripada dijual oleh ibu saudaranya, Robiah (Lydiawati). Wanita itu dengan kerakusan dan agenda tersembunyi, membolot setiap keuntungan kebun tanpa sedikit pun rasa bersalah. Demi melindungi peninggalan arwah ayahnya, Redza rela menjadi 'hamba'.
Di sebalik segala tekanan, Redza menemui sedikit cahaya dalam hidupnya menerusi persahabatannya dengan Manis (Sharifah Rose). Pertemuan mereka bermula ketika Redza menjadi penyelamat Manis daripada gangguan Azran, seorang pemuda nakal. Namun, hubungan akrab mereka tidak disenangi oleh bapa tiri Manis, Sazali (Esma Daniel), seorang lelaki yang hanya menilai manusia berdasarkan harta dan kedudukan. Baginya, Redza yang serba kekurangan itu langsung tidak layak untuk mendampingi Manis.
Dalam usaha memisahkan mereka, Sazali memutuskan untuk membawa Manis ke Jakarta, jauh daripada Redza. Walaupun dihimpit perpisahan yang memeritkan, Redza dan Manis membuat satu janji — mereka akan bertemu kembali di bawah pokok mangga yang pernah mereka tanam bersama. Pokok itu menjadi simbol harapan dan bukti kasih sayang mereka yang tidak pernah goyah.
Namun, hidup bukanlah seindah janji. Perpisahan mereka dibayangi pelbagai dugaan dan peristiwa yang semakin menguji cinta mereka. Apakah janji di bawah pokok mangga itu akan terlaksana atau adakah takdir sekali lagi akan merobohkan impian dua hati yang saling merindui?
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rahsiamu Selamat Denganku (Astro Ria)
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina (2024) Di Aplikasi Tonton
Kredit foto: Instagram Zeel Production
Pelakon / Cast
Watak-watak utama dalam Cinta Bukan Milik Kita dijayakan oleh Khai Bahar dan Sharifah Rose, yang menjadi tulang belakang kepada naratif drama ini.
Menggantikan Lara Kasih di slot Samarinda, 'Cinta Bukan Milik Kita' tampil dengan naratif segar yang tidak diadaptasi daripada novel. Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Kekuatan cerita ini turut disumbang oleh peranan watak-watak sampingan yang tidak kurang hebatnya, ditampilkan oleh Putri Delynna, Marc Saddique, Syahmie Thsaqeef, Kartina Aziz, Lydiawati dan Esma Daniel.
Tidak ketinggalan, Nadia Kesumawati, Muiz, Ainnur Naqeebah Hafedz, Halmey Hamdah, Fendi Seman dan Rosmi Ibrahim.
Watak Pelakon
Khai Bahar sebagai Redza
Sharifah Rose sebagai Manis
Putri Delynna sebagai Azalea
Marc Sadique sebagai Raden
Syahmie Thsaqeef sebagai Asran
Kartina Aziz sebagai Wan Lijah
Lydiawati sebagai Robiah
Esma Daniel sebagai Sazali
Nadia Kesuma sebagai Intan
Muiz sebagai Amir Haikal
Ainnur Naqeebah Hafedz sebagai Anessa
Halmey Hamdah sebagai Razak
Fendi Seman sebagai Pak Pen
Rosmi Ibrahim sebagai Tok Ketua
Ahmad Idham sebagai Abdullah (Penampilan Istimewa)
Amirshah Rosmizan sebagai Redza (kecil)
Adeeb Ar Rafee sebagai Muiz (kecil)
Chenta Salsabila sebagai Aneesa (kecil)
Ratu Dania sebagai Azale (kecil)
Nazril Khalid sebagai Asran (kecil)
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Dalam menghasilkan drama ini, Emi Suffian (Pyan Screw) memimpin sebagai pengarah, manakala Mufid Suhaimi, Haji Zeel, Lee Chonz dan Marr Mohamad bekerjasama mencipta naskhah skripnya. Zeel Production Sdn Bhd turut memainkan peranan penting sebagai tenaga kerja produksi.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: KHAI BAHAR - LEMAS (OFFICIAL LYRIC VIDEO)
Tajuk: Lemas
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Hykal Kadir
Penulis lirik: Hamizan Azli
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Penonton boleh mengikuti perjalanan drama 14 episod ini mulai 19 Disember 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di slot Samarinda, saluran TV3.
Kredit foto: Instagram Fadzil Teh
Episod baru dapat disaksikan secara eksklusif di Tonton, 24 jam lebih awal daripada siaran TV.
Strim Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.
Jadual tayangan:-
Minggu 1 - Episod 1
Minggu 2 - Episod 2, 3, 4, 5
Minggu 3 - Episod 6, 7, 8, 9
Minggu 4 - Episod 10, 11, 12, 13
Minggu 5 - Episod 14
Tajuk cerita? Cinta Bukan Milik Kita
Berapa episod? 14 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis
Pukul berapa? Jam 10 malam
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton