Kredit foto: Instagram Syarul Ezani , Instagram Creative Skill Solution

       

Syarul Ezani adalah antara pelakon yang memeriahkan drama berformat episod Hati Tercarik Luka, diadaptasi daripada karya penulis Aida Asmida, yang disiarkan dalam slot Samarinda TV3.

Ikut serta dalam persembahan lakonan dengan memainkan watak-watak lain, ialah Zara Zya, Ryun Ryry, Fizo Omar, Jasmin Hamid, Halim Radzi, Mia Nasir, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

        

Biodata Syarul Ezani

Nama penuh: Syarul Ezani bin Mohamed Ezzuddeen

Nama komersial: Syarul Ezani

Umur: 34 tahun (2023)

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Jurusan Perniagaan

Pekerjaan: Pelakon, Usahawan

Instagram (IG): @syarulezani

       

Fakta Menarik

1. Dilahirkan di bawah zodiak Scorpio.

2. Terkenal dengan peranan sebagai Ali dalam filem Kami The Movie yang membangkitkan fenomena pada dekad 2000-an.

3. Ketika dahulu, dia dianggap mirip dengan pelakon Indonesia, Nicholas Saputra, terutamanya disebabkan oleh gaya rambut ikal yang hampir serupa dengan aktor tersebut.

Namun, kini ada pandangan daripada netizen yang menyuarakan bahawa pelakon muda, Nadhir Nasar, mempunyai kesamaan dengan dirinya yang lalu.

4. Pernah menghilang dari sorotan dunia hiburan tanpa sebarang khabar selepas kali terakhir mengemaskini kiriman Instagram (IG) pada tahun 2013.

Walaupun begitu, pada Disember 2020, dia kembali 'aktif bersosial' di dunia maya dengan menyapa semula para pengikut akaunnya selepas beberapa lama tidak berinteraksi.

5. Ramai yang memandang dan menganggapnya sebagai bintang yang selalu menjaga privasi, dengan kehidupan peribadi yang tidak terlalu dibuka kepada umum.

        

Latar Belakang Lakonan

1. Deretan drama bersiri yang melibatkan peranannya sebagai pelakon watak termasuk Kami The Series, Kerana Aku Isteri Bidaan, Epilog 3 Naga dan Hati Tercarik Luka. Tidak ketinggalan, telefilem Keikhlasan Cinta dan Bukan Sebuah Dakyah, juga filem Kami The Movie di layar lebar.

2. Di kaca TV tidak lama lagi, kelibat dia beraksi dapat dilihat menerusi siri drama Keturunan, Hello Jodoh dan Cinta Ke Dua (My Mr Blind Date).

3. Dalam kemaskini terbaru, dia menjelma dalam drama berbentuk episod, Hati Tercarik Luka, yang diangkat daripada novel karya Aida Asmida dan disiarkan di slot Samarinda TV3.

       

Baca: 10 Fakta Pelakon Ryun Ryry Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hati Tercarik Luka (Slot Samarinda TV3)

      

Foto

kami the movie 18754

syarul ezani

syarul ezani movies

hati tercarik luka drama 62171

hati tercarik luka 95224

syarul ezani instagram

syarul ezani umur

syarul ezani wikipedia

syarul ezani drama

hati tercarik luka tv3

hati tercarik luka cast

pelakon hati tercarik luka

Kredit foto: Instagram Syarul Ezani , Instagram Creative Skill Solution

       

Video

Kredit video: #SembangSelebriti - Kemana Syarul Ezani aka Ali “Kami” menghilang selama ini?!

       

Sumber:

1. Sembang Selebriti

2. Instagram Syarul Ezani

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)