Kredit foto: Instagram Ryun Ryry

      

Ryun Ryry merupakan antara pelakon yang menyertai drama berepisod adaptasi daripada novel Aida Asmida, berjudul 'Hati Tercarik Luka'.

         

hati tercarik luka drama 25166

       

Slot Samarinda di TV3 menjadi platform bagi drama ini ditayangkan, di mana Ryun mengambil antara peranan utama bersama dengan pelakon-pelakon terkenal seperti Syarul Ezani, Zara Zya, Fizo Omar, Mia Nasir, Halim Radzi, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

        

hati tercarik luka 95141

       

Siapa Pelakon Ryun Ryry? Ini 10 Fakta Biodatanya..

ryun ryry masa kecil darah kacukan

         

1. Dia merupakan selebriti yang berdarah Arab sepenuhnya.

         

elnisa husni 61476

Ryun semasa usia kecil

        

2. Sejak berusia dua tahun, dia sudah bergelar model yang menghiasi iklan komersial.

         

elnisa ryun 49497

        

3. Pada umur sembilan tahun, dia mula mencipta nama dan mencari hala tuju karier melalui penglibatan dalam seni lakonan.

        

biodata ryun 19741

Ibu Ryun

         

4. Semasa muncul pertama kali dalam lapangan seni lakonan, dia menggunakan nama sebenar (Elnisa Husni) dalam drama awalnya yang bertajuk Iftitah.

         

ryun ryry 51487

          

5. Sewaktu kecil, dia memperoleh kredit untuk beberapa peranan di televisyen termasuk dalam drama Iftitah, Waris, Budak Magik dan Debunga Lalang, selain filem Jwanita.

          

ryun ryry wikipedia 48173

         

6. 'Ghaib' dari radar dunia hiburan, dia memutuskan untuk berhenti sejenak ketika berusia 13 tahun, selepas mengambil bahagian dalam siri Budak Magik.

Ia susulan kehilangan bapa tercintanya dan juga untuk dia melanjutkan pelajaran.

           

pelakon hati tercarik luka 45641

         

7. Kini dia menjelma sebagai pelakon yang menonjol melalui kaca televisyen dengan menyempurnakan watak-watak dalam drama seperti Hati Tercarik Luka, Korban Kasih, Cinta Sekali Lagi, Kampung Kolestrol, Sentuhan Najwa, Pelangi Hati dan Tercipta Satu Ikatan.

         

ryun ryry umur 24143

         

8. Di usia dewasa, sebelum bakat lakonannya dikenali dan diberi peluang membintangi lebih banyak drama, dia membuat penampilan dengan peranan-peranan kecil dan watak-watak tambahan 'lalu-lalang di belakang', sehingga pada akhirnya dipilih menjadi heroin dalam telefilem Rentap pada 2022.

         

pelakon ryun 11856

        

9. Watak antagonis telah sebati dan menjadi sebahagian daripada identiti lakonannya sejak kecil. Demikian juga, dia pernah memberikan aksi dalam peranan komedi dan sebagai gadis kampung.

         

ryun 14156

        

10. Watak dalam siri Hati Tercarik Luka yang diadaptasi daripada novel Aida Asmida adalah karakter di luar kebiasaannya, terutamanya kerana ini adalah pengalaman lakonan pertamanya sebagai watak penggoda. Dengan jujur, dia mengakui perasaan canggung dan ketidakselesaan ketika melibatkan diri dalam watak yang dijayakan.

       

Untuk lebih info mengenai Ryun, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Ryun Ryry (Syamiem Elnisa Husni)

         

Baca: Biodata Syarul Ezani, Pelakon Drama Berepisod Hati Tercarik Luka (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hati Tercarik Luka (Slot Samarinda TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton

         

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Perempuan Mana Yang Suka Dani? | Hati Tercarik Luka (2023)

        

Kredit foto: Instagram Ryun Ryry , Instagram TV3 Malaysia , Instagram Drama Sangat

         

Sumber:

1. #ThrowbackXTRA: Ryun Ryry Tak Pernah Lupa Pengalaman Bekerja Di Usia Muda

2. 'Bisa' watak penggoda

3. Instagram Ryun Ryry

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)