Oleh pada 22 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

TV3 membawakan telefilem berjudul Dania yang akan ditayangkan pada 23 Oktober 2022.

  

Drama arahan Eyra Rahman itu menggandingkan pelakon popular, Aedy Ashraf, Puteri Balqis dan Fezrul Khan sebagai teraju utama.

  

sinopsis dania

Kredit foto: Twitter Aedy Ashraf

  

Sinopsis

Berdasarkan kisah benar, telefilem Dania membangkitkan kisah perjuangan seorang gadis yang mahu haknya dibela, tetapi mampukah Dania mempertahankan maruahnya?

  

Dania, seorang remaja yang penyendiri sehingga abangnya Luqman, bimbang dia menjadi seorang yang antisosial. Rakan sekelasnya juga sentiasa mengelak daripada rapat dengannya.

  

Pada suatu hari, Sarimah seniornya berkawan dengan Dania. Menjaga Dania dengan baik membuatkan Dania berasa selesa dan mempercayainya.

  

Kemudian dia diperkenalkan oleh Sarimah kepada Cikgu Bahar untuk mendapatkan tuisyen percuma dan semuanya berjalan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dengan merogolnya.

  

Berasa marah dan malu, Dania mengalami kemurungan ekoran peristiwa itu, lalu Luqman merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri Dania tetapi hanya mengetahui perkara sebenar selepas menyoalnya.

  

Bahar akhirnya ditangkap tetapi apabila kes itu digugurkan, Dania dan Luqman terpaksa berdepan dengan kempen yang panjang dan berjuang untuk menegakkan kebenaran.

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Tuan Putra (Slot Akasia TV3)

Baca: 8 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2022) - Juga Tersedia Online!

  

dania tv3

Kredit foto: Instagram Qistina Khaled

  

Pelakon / Cast

Ditunjangi oleh pelakon Aedy Ashraf, Puteri Balqis dan Fezrul Khan.

  

Ia dimantapkan dengan penampilan barisan aktor seperti Nafiez Zaidi, Qistina Khaled, Aida Aris dan Raff Roslee.

  

sinopsis drama dania

Kredit foto: Instagram Qistina Khaled

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Ditulis oleh penulis skrip Eenaz Mokhtar, di bawah teraju pengarah Eyra Rahman dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn Bhd.

  

drama dania

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Waktu Siaran

Bersiaran di saluran TV3 pada pukul 9 malam, 23 Oktober 2022 (Ahad).

  

Anda juga boleh menonton penstriman langsung dalam talian (online) melalui portal Tonton.

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)