Oleh pada 18 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Alya Iman dan Nabil Aqil bergabung dalam drama adaptasi 'Anggun Mikayla' yang hasil daripada novel terkenal Liza Nur, hadir eksklusif di platform Viu.

        

anggun mikayla drama

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Drama yang ditayangkan sejak 25 April lalu itu juga mengundang pelakon-pelakon berbakat seperti Razin Qidran, Emelda Rosemila, Amanda Tan, Lisdawati, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

        

Sinopsis

Anggun Mikayla mengisahkan tentang Mikayla, gadis cantik berambut merah dan bermata biru, dilahirkan luar nikah dan dinafikan kewujudan oleh ibu kandungnya, Datin Asmidar. Dibesarkan oleh ibu saudaranya, Suraya, Mikayla sering dihina dan dipinggir oleh keluarganya. Tekad mencari kasih sayang ibu kandungnya membawa Mikayla ke Kuala Lumpur, di mana dia bekerja sebagai jurusolek dan dalam masa yang sama, menjadi 'hantu' di pesta ria milik Uncle Jon.

Pertemuan tak disangka dengan Idriz, seorang penghantar makanan yang kelakar, mencetuskan hubungan istimewa. Idriz terpikat dengan kebaikan dan keanggunan Mikayla, manakala Asif, rakan yang bekerja bersama Mikayla, mula sedar perasaannya lebih daripada sekadar kawan. Kemunculan seorang lelaki dari masa lalu Mikayla menambahkan konflik antara Asif dan Idriz, masing-masing berjuang untuk merebut tempat di hati Mikayla. Dalam pencariannya, adakah Mikayla akan menemukan erti sebenar cinta dan kasih sayang?

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Restu (2024) Lakonan Remy Ishak, Wanna Ali, Elizabeth Tan, Siti Elizad

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

       

anggun mikayla sinopsis

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Pelakon / Cast

Pelakon Alya Iman muncul sebagai pasangan bersama aktor, Nabil Aqil dalam siri ini.

        

anggun mikayla viu

Kredit foto: Instagram Alia Ramly

        

Juga dihiasi dengan penampilan daripada pelakon-pelakon terkenal dalam dunia drama Malaysia seperti Razin Qidran, Emelda Rosemila, Lisdawati, Amanda Tan, Haeriyanto Hassan, Zarynn Min, Zaidi Omar, Ayunie Rizal, Zarrin Nuqman dan Syean Mokhtar.

        

Watak Pelakon

Alya Iman sebagai Mikayla

Nabil Aqil sebagai Idriz

Razin Qidran sebagai Asif

Emelda Rosemila sebagai Datin Asmidar

Lisdawati sebagai Suraya

Amanda Tan sebagai May

Haeriyanto Hassan sebagai Zubir

Zarynn Min sebagai Lateefa

Zaidi Omar sebagai Kadir

Ayunie Rizal sebagai Andria

Zarrin Nuqman sebagai Hanif

Syean Mokhtar sebagai Dato Bakar

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya produksi daripada Global Station Sdn Bhd ini, yang diarahkan secara kreatif oleh Eyra Rahman, adalah hasil penulisan skrip Liza Nur.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Sayang Kau Tercipta - Aziz Harun

        

Tajuk: Sayang Kau Tercipta

Penyanyi: Aziz Harun

Ditulis oleh: Amir Masdi, Romeo, Ja'a, Karim Karam, Mike Chan

        

anggun mikayla episode sooka netflix

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Dalam tempoh 13 episod yang berlangsung, drama ini akan memenuhi masa siaran mulai jam 12 tengah hari, setiap hari Khamis hingga Sabtu bermula 25 April 2024 di aplikasi Viu.

       

Tajuk cerita? Anggun Mikayla (Judul Inggeris: Beautiful Mikayla)

Berapa episod? 13 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Episod baru dikeluarkan pukul 12 tengah hari

Tonton di mana? Platform online, aplikasi Viu Malaysia

        

Kredit video: [Teaser] Episode 1 - Anggun Mikayla Episod | #FirstOnViu

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)