Kredit foto: Instagram Wanna Ali , Facebook Wanna Ali

         

Wanna Ali merupakan antara pelakon yang menyertai drama bersiri adaptasi daripada novel Sophilea, bertajuk 'Bukan Sekadar Lafaz'.

        

bukan sekadar lafaz episod 665

         

Drama ini ditayangkan dalam slot Akasia di saluran TV3, dan dia memegang watak utama bersama pelakon-pelakon yang hebat beraksi seperti Alif Satar, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Ahmad Idham, Wanns Ahmad, Mia Nasir dan Razzuan Rosli.

        

10 Fakta Pelakon Wanna Ali Yang Ramai Tak Tahu!

wanna ali ig 544

         

1. Pemilik nama penuh Nor Syazwana binti Mohd Ali ini merupakan anak kepada pasangan Mohd Ali (bapa) dan Normashayu Puteh (ibu).

        

wanna ali dulu asal tiktok tinggi

         

2. Wanna dilahirkan di Kuala Lumpur pada 25 Disember 1997.

         

novel bukan sekadar lafaz 1

         

3. Dia melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Nottingham Malaysia dengan mengejar pendidikan dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

         

wanna ali umur

       

4. Dalam senarai drama yang pernah dilakonkannya termasuklah Angkara Cinta, Halim Halima, Antara Ikhlas Dan Kaca, Kids Nowadays, Di Sebalik Dia, Adakah Engkau Menungguku dan beberapa lagi. Termasuk telefilem Papa Sayang, Khalifahkah Aku, Telapak Waktu, Misteri Akil Balik, Baju Merah Jambu, Mempelai Panda, Hantu Musang King dan 90 Hari Sebelum Cinta Pergi.

         

wanna ali kacukan

         

5. Pengalamannya dalam bidang filem pula melibatkan naskhah Aku Ada Kau Ada, Tokan, Bo-Peng, Ada Apa Dengan Dosa, Aku Bukan Gila, Autumn in Wales, Juang, Coast Guard Malaysia: Ops Helang dan Polis Evo 3.

        

wanna ali 507

         

6. Sepanjang menjalani kerjaya dalam industri hiburan, dia berjaya meraih pengiktirafan dalam kategori Gandingan Serasi Filem ​Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (bersama PU Riz) menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa, termasuk kategori Filem Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2021 untuk judul yang sama.

         

wanna ali drama

        

7. Melalui peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Wanna menggapai kejayaan dengan rekod keputusan yang membanggakan iaitu 7A 2B.

        

ayu puteh 155

        

8. Popularitinya dalam industri hiburan telah memberikan inspirasi kepada dua adik-beradiknya yang juga mempunyai bakat dalam bidang ini; Fian Ali (abang) sebagai pelakon dan penyanyi, manakala Alif Ali (adik) terlibat dalam bidang nyanyian.

         

wanna ali kahwin 954

        

9. Mengenai jejaka yang sesuai untuk menjalin hubungan cinta dan bergelar suami, Wanna menggariskan bahawa jodoh yang akan dipilihnya untuk perkahwinan kelak adalah seseorang yang mampu memberikan kesenangan hidup kepadanya, selain yang dapat membimbingnya di dunia dan akhirat.

         

bukan sekadar lafaz 527

         

10. Dalam perkembangan terkini kerjaya, Wanna mengambil bahagian dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel Sophilea, bertajuk Bukan Sekadar Lafaz. Drama ini disiarkan dalam slot Akasia di saluran TV3 dan dia mendukung watak utama bersama pelakon-pelakon handalan seperti Alif Satar, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Ahmad Idham, Wanns Ahmad, Mia Nasir dan Razzuan Rosli.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz (Slot Akasia TV3)

       

Untuk lebih info mengenai Wanna Ali, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Wanna Ali

          

bukan sekadar lafaz drama 924

ayah wanna ali

Keluarga Wanna Ali

bukan sekadar lafaz pelakon

Wajah Wanna dikatakan mirip dengan pelakon seangkatan, Diana Danielle

         

Kredit foto: Instagram Wanna Ali , Instagram Ayu Puteh , Facebook Wanna Ali

        

Kredit video: Tak sampai hati | Bukan Sekadar Lafaz Episod 2 - 3 | iQIYI Malaysia

        

Sumber:

1. Gemuruh ditawar watak utama

2. Sebab Pengaruh Mama, Ayu Puteh, Fian & Alif Ali Senang Masuk Dalam Industri Seni - "Tak Semua Orang Dapat Peluang Macam Itu"

3. Wanna Ali 'high maintenance', pilih calon suami stabil kewangan

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)