Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia
Selesainya siri Jadikan Aku Bidadari, giliran Bukan Sekadar Lafaz 2 pula mengisi ruang kaca televisyen bagi kesinambungan musim keduanya.
Kredit foto: Instagram Tymm Scarf
Menyatukan kembali dua pelakon hebat, drama ini menyaksikan gandingan semula Alif Satar dan Wanna Ali dalam peranan utama yang bakal menghidupkan penceritaan.
Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia , Instagram Drama Sangat
Drama bersiri 28 episod ini bakal menghangatkan layar kaca mulai 27 Februari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam menerusi slot Akasia TV3.
Sinopsis
Bukan Sekadar Lafaz 2 mengisahkan tentang perkahwinan Hud dan Syikin yang telah bertahan selama empat tahun, kelihatan semakin utuh dan penuh dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Namun, di sebalik kebahagiaan yang mereka kecapi, ada satu kekosongan yang semakin menghantui — ketiadaan zuriat.
Syikin dihantui ketakutan. Dia risau jika Hud, lelaki yang amat dicintainya, akan mencari bahagia di tempat lain dan mencari isteri baru yang mampu memberikannya seorang anak.
Namun, satu rahsia akhirnya terbongkar — Hud bukanlah lelaki sempurna yang semua orang sangkakan. Dialah sebenarnya yang mengalami masalah kesuburan. Dalam usaha mempertahankan cinta mereka, Hud dan Syikin nekad menjalani rawatan IVF, namun takdir tidak semudah itu berpihak kepada mereka. Beberapa kali mereka gagal hingga membuatkan harapan semakin pudar.
Akhirnya, mereka membuat keputusan besar — mengambil seorang anak angkat bernama Cempaka, demi melengkapkan keluarga mereka yang telah lama merindukan kehadiran si kecil. Namun, tanpa mereka sedari, Cempaka bukanlah anak sebarangan. Dia adalah anak seseorang yang mereka kenali.
Dalam masa yang sama, badai lain mula menggoncang rumah tangga mereka. Muncul seorang wanita bernama Aira Akasya, yang menjadi duri dalam hubungan mereka. Kesetiaan Hud dan Syikin diuji kerana kehadiran orang ketiga yang mampu meruntuhkan segala yang telah mereka bina.
Adakah cinta Hud dan Syikin cukup kuat untuk bertahan menghadapi semua dugaan ini? Atau takdir telah pun menulis pengakhiran yang berbeza buat mereka?
Di sisi lain, tragedi turut menyapa watak Lufya — sebuah kemalangan menghantarnya ke ambang koma. Apakah masa akan berpihak kepadanya atau dia akan menjadi satu lagi jiwa yang tenggelam dalam kisah penuh emosi ini?
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 (2024 / 2025) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro (2025) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 1 (Slot Akasia TV3)
Kredit foto: Instagram Wanna Ali
Pelakon / Cast
Menghidupkan semula kehangatan gandingan mereka, Alif Satar dan Wanna Ali bersatu sekali lagi sebagai bintang utama dalam drama ini.
Adaptasi novel yang pernah menjadi fenomena, Bukan Sekadar Lafaz kini kembali dalam kesinambungan drama. Kredit foto: Instagram Wanna Ali
Kelangsungan kisah ini diserikan lagi dengan lakonan mantap daripada Isyariana, Zac Zaky, Wanns Ahmad, Ahmad Idham, Kuza, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Mia Nasir dan Watie Sadali.
Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Hud
Wanna Ali sebagai Syikin
Isyariana Che Azmi sebagai Aira Akasya
Zac Zaky sebagai Dr Luth Mikael
Wanns Ahmad sebagai Khalid
Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
Kuza sebagai Puan Mahani
Sharifah Shahora sebagai Sarah
Azhar Amir sebagai Razlan
Mia Nasir sebagai Lufya
Watie Sadali sebagai Huda
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Sebuah karya yang lahir daripada sentuhan kreatif penulis skrip Sophilea dan diterjemahkan ke skrin oleh Raja Mukhriz. Drama ini merupakan taruhan terbaru daripada Pencil Pictures & Records.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: Alif Satar & The Locos - Jangan Ada Air Mata (Official Lyric Video)
Tajuk: Jangan Ada Air Mata
Penyanyi: Alif Satar & The Locos
Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain
Penulis lirik: Alif Satar, Romeo, Efry Arwis
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Sebanyak 28 episod bakal mengisi slot Akasia TV3, menyapa penonton bermula 27 Februari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 petang.
Untuk pilihan lebih mudah, episod terkini boleh ditonton menerusi aplikasi iQIYI VIP sejam selepas tayangan di kaca TV, sementara episod percuma disediakan 48 jam selepasnya.
Jadual tayangan:-
Minggu 1 - Episod 1, 2
Minggu 2 - Episod 3, 4, 5, 6, 7
Minggu 3 - Episod 8, 9, 10, 11, 12
Minggu 4 - Episod 13, 14, 15, 16, 17
Minggu 5 - Episod 18, 19, 20, 21, 22
Minggu 6 - Episod 23, 24, 25, 26, 27
Minggu 7 - Episod 28
Tajuk cerita? Bukan Sekadar Lafaz Musim 2
Berapa episod? 28 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat
Bila dan tayang pukul berapa? Mulai 27 Februari 2025, jam 7 malam
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform streaming online, iQIYI
Kredit video: Official Trailer | Bukan Sekadar Lafaz 2 | iQIYI Malaysia