Oleh pada 28 Jan 2023 kategori

Dalam dunia perfileman, terdapat banyak anugerah yang diwujudkan oleh penganjur yang berlainan untuk menghargai aktres dan pelakon setiap tahun. Biasanya, terdapat pelbagai kategori anugerah yang dipertandingkan antaranya anugerah pelakon terbaik, anugerah pembantu pelakon terbaik, anugerah suara latar terbaik dan banyak lagi. 

Dalam dunia perfileman, antara anugerah yang paling berprestij adalah Golden Globes dan Academy Award (lebih dikenali sebagai Oscar). Walaupun majlis anugerah sebegini biasanya dianjurkan untuk meraikan pelakon, pengarah, krew terbaik, ada juga anugerah yang diwujudkan untuk filem terburuk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Memperkenalkan "Golden Raspberry Award".

Anugerah satira

golden raspberry awards

"Golden Raspberry Award" (juga dikenali sebagai Anugerah Razzies dan Razzie) ialah majlis anugerah parodi yang memberi penghormatan kepada pencapaian terburuk dalam dunia perfileman sinematik.

Diasaskan bersama oleh graduan filem UCLA dan veteran industri filem John J. B. Wilson dan Mo Murphy, majlis anugerah tahunan yang dikenali sebagai Anugerah Razzie ini dianjurkan sebagai satira bagi majlis anugerah perfileman yang lebih berprestij, Anugerah Akademi atau Oscar.

Penganjurannya bukanlah baru, sebaliknya telah dianjurkan selama lebih empat dekad. Trofi yang diberikan itu sendiri adalah raspberi bersaiz bola golf di atas filem gambar bersaiz 8mm yang dicat semburan emas. Kos keseluruhan untuk sebuah trofi ini dikatakan hanya sekitar $4.97.

Yayasan Golden Raspberry, organisasi di sebalik anugerah satira ini telah mendakwa bahawa anugerah ini dianjurkan bertujuan "menggalakkan pembuat filem terkenal dan penghibur terkemuka untuk berbangga dengan hasil kerja mereka (walaupun buruk atau teruk).

Sejarah penganjuran

pengasas razzie awards

Majlis Anugerah Golden Raspberry yang pertama telah diadakan pada 31 Mac 1981, di ruang tamu rumah John J. B. Wilson di Hollywood untuk memberi penghormatan kepada filem-filem yang dianggap paling teruk pada musim filem 1980.

Sehingga kini, Sylvester Stallone adalah pelakon yang paling banyak dianugerahkan dengan anugerah ni dengan 10 anugerah.

Penerbit Amerika John J. B. Wilson sekitar tahun 1980 baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di UCLA dan telah mendapat pekerjaan dengan sebuah syarikat treler filem, di mana dia bekerja pada pelbagai kempen media filem.

Syarikat itu telah menaja festival filem pada tahun itu, dan Wilson mendapati dirinya terpaksa menonton sekitar 250 filem yang dijadualkan untuk pertandingan itu. "Apabila anda melihat banyak filem, anda akan dapat mengenalpasti dengan mudah sesuatu filem itu layak atau tidak dicalonkan dalam Oscar atau Globe.

prc 66561673

Jadi, pada tahun berikutnya, dalam parti potluck yang biasanya diadakan di rumahnya di Hollywood pada malam Anugerah Akademi, selepas Anugerah Akademi ke-53 selesai pada malam itu, Wilson telah menganjurkan satu undian mengenai filem terburuk kepada hadirin dan menjemput rakan-rakannya untuk memberikan penyampaian anugerah secara rawak di ruang tamunya.

Dalam majlis tidak rasmi itu, beliau mengumumkan Can't Stop the Music sebagai Pemenang Anugerah Raspberi Emas pertama untuk Gambar Terburuk. Majlis secara spontan itu tiba-tiba menarik perhatian orang ramai dan pada minggu berikutnya siaran akhbar mengenai acaranya telah dimuatkan dalam beberapa akhbar tempatan.

Pada peringkat awal, majlis untuk Anugerah Razzie ini dianjurkan pada malam yang sama dengan Oscar. Namun, beliau menyedari bahawa dengan menjadualkan Anugerah Raspberi Emas sebelum Anugerah Akademi, majlis itu akan mendapat lebih banyak liputan akhbar.

Beliau mendapati mereka tidak boleh bersaing dengan Oscar pada malam Oscar, tetapi jika majlis Anugerah Razzie dianjurkan pada malam sebelumnya ketika banyak akhbar dari seluruh dunia hadir untuk Oscar, mereka pasti majlis mereka akan mendapat perhatian banyak wartawan. 

Kontroversi 

pengarah filem paling teruk 684

Pada tahun 2022 satu kategori anugerah khusus, Persembahan Bruce Willis Terburuk dalam Filem 2021 telah dicipta selepas Bruce Willis membintangi beberapa filem bajet rendah yang kurang mendapat tempat di hati peminat.

Pada 30 Mac tahun itu, keluarga Willis mengumumkan bahawa beliau telah didiagnosis dengan aphasia, gangguan yang merosakkan kawasan otak yang mengawal ekspresi dan pemahaman bahasa. Anugerah Raspberi Emas kemudiannya menarik balik kategori anugerah tersebut dengan mengatakan adalah tidak wajar untuk menganugerahkan Raspberi Emas kepada seseorang yang prestasinya terjejas oleh keadaan perubatan.

Baca lagi: Aphasia : Penyakit Aneh Yang Menyerang Aktor Bruce Willis

Pada masa yang sama, majlia anugerah ini secara retroaktif menarik balik pencalonan Pelakon Terburuk 1980 mereka untuk Shelley Duvall dalam filem The Shining, dengan menyatakan "Kami telah mendapati bahawa prestasi Duvall telah dipengaruhi oleh layanan Stanley Kubrick terhadapnya sepanjang produksi".

Pada 2023, berikutan tindak balas kerana mencalonkan Ryan Kiera Armstrong yang berusia 12 tahun untuk Pelakon Terburuk, Anugerah Golden Raspberry membatalkan pencalonan tersebut dan berkata individu di bawah umur 18 tahun tidak akan dicalonkan lagi.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)