Bruce Willis pelakon aksi ikonik yang membintangi filem Die Hard, Sixth Sense, Armageddon, Pulp Fiction dan banyak lagi filem yang menjulang beliau sebagai bintang Hollywood, akhirnya mengumumkan persaraan.

Pengumuman itu menjawab misteri yang selama ini sering berlegar selama beberapa tahun, apabila Willis dilihat berhadapan kesukaran untuk memainkan watak yang dilakonkannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pihak keluarga Willis mengesahkan pada 30 Mac 2022, pelakon yang terkenal dengan imej kepala botak ini mempunyai aphasia; sejenis jangkitan pada otak yang menyebabkan beliau hilang kawalan ke atas pertuturan dan juga pemahaman, yang menjejaskan keupayaan kognitif beliau.

Apakah kesan sebenar aphasia?

bruce willis aphasia penyakit otak 809

Dikategorikan sebagai satu masalah komunikasi - aphasia boleh menyerang seseorang dalam beberapa bentuk berbeza.

Seseorang yang menghidapi aphasia boleh mengalami masalah pertuturan yang mengganggu keupayaan beliau bercakap, memahami percakapan dan hilang keupayaan menulis atau memahami apa yang dibaca.

Tidak semua simptom yang dinyatakan di atas akan berlaku kepada seorang pesakit aphasia.

Ada dua punca kenapa seseorang boleh mengalami aphasia.

Aphasia terjadi sama ada disebabkan wujudnya masalah kepada bahagian otak lobus temporal (temporal lobe) yang mengawal kemampuan seseorang untuk memproses bahasa dan bunyi atau lobus frontal (frontal lobe) yang menyelia percakapan.

Seandainya seseorang menunjukkan tanda-tanda kehilangan kemahiran percakapan dan juga kemampuan mentafsirkan bahasa, itu menandakan ada kerosakan pada kedua-dua bahagian otak serentak. 

Kategori dan punca utama aphasia

simptom aphasia

Aphasia boleh berlaku dalam 3 peringkat kepada penghidapnya, iaitu aphasia ekspresif, aphasia komprehensif dan aphasia global. 

Seseorang yang mengalami aphasia ekspesif masih mampu memahami pertuturan yang didengarinya serta mampu mengeluarkan ayat-ayat ringkas, kurang lengkap dari aspek tatabahasanya.

Mereka yang dikategorikan komprehensif pula banyak berbicara tetapi mempunyai susunan ayat yang berterabur, sukar difahami, banyak kesalahan tatabahasa dan menuturkan ayat yang supra kompleks.

Malangnya, individu itu sendiri tidak mampu mentafsir bahawa apa yang dituturkannya tidak difahami orang lain, disebabkan dia sudah ketiadaan keupayaan untuk memahami apa yang diucapkan diri sendiri kepada mereka.

Kumpulan terakhir pesakit aphasia adalah aphasia global.

Kategori ini merupakan peringkat di mana seseorang tidak lagi boleh memahami bahasa dan menghadapi kesukaran membina ayat, menyukarkan mereka untuk berkomunikasi secara dua hala dengan jelas.

Punca utama aphasia biasanya muncul selepas seseorang diserang angin ahmar atau strok, yang menyebabkan bekalan darah kepada otak terganggu.

Selain itu, seseorang yang pernah mengalami impak kemalangan atau hentakan pada bahagian kepala juga boleh menghadapi aphasia.

Adakah aphasia boleh dirawat?

speech therapy after stroke for aphasia

Untuk membicarakan adakah aphasia boleh dirawat atau tidak, kita perlu memahami bahawa terdapat dua kaedah jangkitan aphasia merebak, sama ada secara progresif atau bukan progresif. 

Seseorang yang menghidapi aphasia bukan progresif masih boleh menjalani sesi terapi bagi menggalakkan otaknya kembali mempunyai fungsi asal, seterusnya memperbaiki kemampuan pesakit untuk berkomunikasi. 

Bagaimanapun bagi pesakit aphasia progresif, keadaan dan situasi mereka hanya akan menjadi bertambah teruk hari demi hari.

Sehingga setakat ini, belum ada teknik rawatan atau ubatan yang mampu merawat atau sekurang-kurangnya menambah baik kondisi pesakit aphasia jenis progresif.

Bagi pesakit aphasia progresif, ekoran daripada kehilangan kemampuan otak yang berlaku secara berterusan tanpa ada sebarang rawatan, ini memberi kesan kepada usia mereka.

Seseorang pesakit diramalkan hanya mampu bertahan di antara 3 ke 12 tahun selepas aphasia mereka dikenalpasti.

Rawatan yang mampu diberikan kepada mereka hanyalah rawatan yang membantu mengimbangi perubahan psikologi.

Ini kerana kebanyakan pesakit aphasia progresif akan mengalami kemurungan, kebimbangan dan mungkin juga bertindak agresif akibat rasa kecewa terpaksa berhadapan kepayahan berkomunikasi tahap tinggi.

Selamat tinggal John McClane!

die hard bruce willis aphasia

Sukar untuk menerima hakikat pelakon watak yang cukup terkenal dalam siri Die Hard ini sedang berhadapan situasi sukar sebegini. 

Tetapi pendedahan keluarganya berkenaan tahap kesihatannya telah menjawab pelbagai tohmahan yang selama ini dihamburkan kepada beliau.

Kebelakangan ini, Willis didapati kerap melibatkan diri dalam filem-filem berkualiti rendah terus untuk tayangan video dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun telah mengumumkan persaraan, masih ada lapan filem beliau direct to video yang belum ditayangkan.

Penganjuran Golden Raspberry Awards tahun 2022 yang meraikan filem-filem teruk Hollywood juga telah menarik balik kategori khas dinamakan 'Kategori Lakonan Paling Teruk oleh Bruce Willis dalam tahun 2021' yang dipertandingkan.

Bruce Willis dicalonkan dalam 8 buah filem lakonan sendiri, diumumkan sebagai pemenangnya pada 23 Mac 2022.

Pengumuman berkenaan kondisi Willis dibuat keluarganya, dibuat seminggu kemudian pada 30 Mac 2022.

Mungkin menyedari karier beliau sedang berakhir, sejak tahun 2019 Willis giat menjalankan projek-projek filem kecil ini yang hanya memerlukan beliau bekerja 2 hari untuk keseluruhan penggambaran dengam bayaran lumayan.

Dalam tempoh 4 tahun, Willis telah terlibat dalam 22 buah filem kesemuanya.

Untuk setiap filem yang dia terlibat, Bruce Willis perlu mendapatkan banyak bantuan dalam memahami skrip serta dikecilkan skop lakonannya atas arahan produser.

Kadangkala semasa penggambaran sedang dilakukan, dia sendiri tidak mengetahui apa yang dia sedang lakukan.

Bagi yang tahu situasi beliau, mungkin mereka faham. Bagi yang tidak tahu, pasti mereka merasa pelik kenapa pelakon handal ini bersikap sangat tidak profesional dan tidak mampu menghayati watak dengan baik. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)