Oleh pada 03 Jul 2018 kategori

Gejala pedofilia semakin lama semakin kerap didengari berlaku, melibatkan hubungan tidak normal di antara individu-individu yang rosak tahap mentalnya. Kajian-kajian masyarakat barat kerap kali diangkat sebagai jalan kepada solusi dalam mencegah wabak ini daripada terus berlaku, namun kerap kali dilihat berlaku kontradiksi di antara kajian yang berbentuk mendidik dengan budaya popular yang kerap kali dihidangkan rumah-rumah penerbitan Hollywood.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dapat dilihat masyarakat seperti berlumba-lumba mahu mencegah dan dalam masa yang sama mempopularkan serta mengangkat budaya pedofilia yang dikatakan mempunyai kecenderungan seksual terhadap individu bawah umur, sehinggakan agak sukar untuk memahami apa matlamat sebenar orang barat.

Filem-filem yang mengangkat pedofilia, sama ada dalam bentuk terus-terang ataupun disampaikan secara tersirat kerap diterbitkan sehingga mampu menguasai minda mereka yang menonton. Berikut adalah 5 filem yang kami rasakan mencerminkan hipokrasi sebenar produser Hollywood, yang sebenarnya mahu merosakkan lagi minda orang ramai namun dikaburi atas alasan hiburan semata-mata.

1. The Professional (1994)

leon the professional filem popularkan pedofilia

Filem The Professional atau Leon the Professional merupakan sebuah filem aksi yang sangat baik serta layak mendapat pujian, berikutan pembangunan watak yang mantap serta watak jahat yang sangat ikonik lakonan Gary Oldman.

Namun, filem ini mampu menyebabkan rasa tidak selesa pada penonton berikutan watak Mathilda lakonan Natalie Portman, seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa sehingga terpaksa diselamatkan Leon, lakonan Jean Reno.

leon the profesional sniper

Ekoran ketidak matangan Mathilda dalam memahami apa yang berlaku,  dia menganggap semua yang dilakukan Leon adalah kerana cinta. Mathilda sanggup menyerahkan tubuhnya kepada Leon namun Leon menolaknya - Leon menganggap Mathilda seperti anaknya sendiri namun akhirnya (bergantung kepada persepsi penonton) tewas dengan godaan Mathilda pada penamat filem ini.

Faktor pedofilia - Natalie Portman melakonkan beberapa adegan yang boleh dikatakan hangat untuk watak yang berusia 12 tahun. Ketika melakonkan filem ini, Natalie juga baru berusia 12 tahun.

2. Pretty Baby (1978)

pretty baby girl filem popularkan pedofilia

Filem yang diterbitkan pada tahun 1978 membawakan nama-nama besar seperti Brooke Shields dan Susan Sarandon dalam sebuah filem yang sejak mula hingga ke penghujungnya, akan membuatkan sesiapa saja tidak selesa menontonnya.

Mengisahkan tentang seorang pelacur bernama Hattie (Sarandon) yang bekerja di sebuah rumah pelacuran mewah di New Orleans. Hattie mempunyai seorang anak bernama Violet (Shields), remaja berumur 12 tahun yang mempunyai impian besar mahu keluar daripada persekitarannya. Dia akhirnya menemui jalan keluar selepas ditinggalkan ibunya melalui seorang jurufoto bernama Ernest yang mengambilnya tinggal bersamanya.

Bagi menyelamatkan Violet, Ernest mengambil jalan menjadikan kanak-kanak itu isterinya yang sah namun Hattie yang kembali mahu menuntut semula anaknya, kerana perkahwinan itu tidak sah dilakukan berikutan status Violet yang masih kanak-kanak.

Faktor pedofilia - keseluruhan filem ini. Brooke Shields berumur 13 tahun semasa merakamkan filem ini dan dia banyak melakonkan adegan yang kurang senonoh.

3. Call Me By Your Name (2017)

call me by your name filem popularkan pedofilia

Anda pasti pernah mendengar tentang filem 'Brokeback Mountain' bukan? 'Call Me By Your Name' jauh mendahului filem itu dengan memaparkan tema cinta sejenis di antara dua orang lelaki serta menjadikan salah seorang individu yang terlibat pula, remaja di bawah umur.

Filem ini mengisahkan tentang hubungan yang terbentuk hasil pertemuan seorang professor lakonan Armie Hammer (The Man From U.N.C.L.E, Lone Ranger) dengan seorang remaja lelaki yang lebih gemar bersendiri lakonan Timothy Chalamet, berdepan stigma masyarakat serta hubungan mereka bersama teman wanita masing-masing yang nyata hanyalah satu ilusi dalam mengaburi pandangan orang lain.

Apa yang menakutkan, filem ini mendapat pujian pengkritik di seluruh dunia serta mendapat tepukan selama 10 minit, satu rekod dunia. Diletakkan sebagai salah satu filem terbaik tahun 2017, Call Me By Your Name dicalonkan dalam anugerah Academy bagi filem terbaik, pelakon terbaik serta lakon layar terbaik.

Faktor pedofilia - terlalu banyak untuk disampaikan. Bukan sekadar pedofilia, filem ini juga mengangkat hubungan sejenis sebagai sesuatu yang indah.

4. Lolita (1997)

filem popularkan pedofilia lolita 1997

'Lolita' merupakan sebuah filem yang menimbulkan kontroversi semasa diterbitkan, tak kiralah dalam versi 1962 arahan Stanley Kubrick ataupun versi 1997 arahan Adrian Lyne, dengan versi 1997 membawakan visual yang lebih berani serta terbuka cuba mengangkat percintaan dengan gadis bawah umur sebagai sesuatu yang baik.

Walaupun kisahnya diambil daripada novel yang ditulis pada tahun 1955, tema yang dibawakan tetap dilihat lebih kepada pemaparan rasa sayang seorang lelaki dewasa pertengahan umur (Jeremy Irons) dengan seorang gadis berusia 12 tahun bernama Dolores atau 'Lolita' lakonan Dominique Swain.

Elemen-elemen pedofilia banyak dipaparkan dalam filem ini dengan watak Jeremy Irons dilihat sanggup melakukan apa saja, termasuklah mengahwini ibu Lolita hanya untuk memastikan dia dapat bersama-sama dengan anak tirinya, sebelum tragedi ke atas ibu Lolita memaksa mereka berdua hidup sebagai anak beranak, dengan ayah tirinya terus menyimpan nafsu terhadap anak yang perlu dijaganya.

Faktor pedofilia - kami rasa cukup jelas bagaimana nilai-nilai pedofilia diangkat dalam filem ini hanya berdasarkan penerangan ringkas yang kami berikan. Dominique Swain berumur 15 tahun semasa perlu melakonkan adegan-adegan kurang menyenangkan bersama pelakon utamanya, Jeremy Irons yang ketika itu sudah berumur 45 tahun.

5. The Blue Lagoon (1980)

brooke shields blue lagoon filem popularkan pedofilia

Filem kedua Brooke Shields yang layak diletakkan dalam senarai ini memang merupakan salah satu filem paling menakutkan dari segi unsur pedofilianya, walaupun cuba dipasarkan sebagai sebuah filem cinta yang sejati.

'The Blue Lagoon' mengisahkan tentang dua kanak-kanak yang membesar bersama-sama di sebuah pulau misteri, setelah kapal yang mereka naiki karam di lautan. Selepas kematian satu-satunya penjaga mereka yang turut terselamat, Richard dan Emmeline terpaksa belajar tentang hidup sendirian melalui proses-proses yang akan dilalui semua manusia, hanya berdua.

Tidak memahami kehidupan normal berikutan ketiadaan penjaga sejak kecil, mereka akhirnya jatuh cinta dan mendapat cahaya mata seorang anak lelaki. Insiden menimpa mereka bertiga selepas mengalami kemalangan menyebabkan ketiga-tiganya terdampar di lautan dengan nasib mereka pada penghujung cerita, tidak dipaparkan secara jelas.

Oleh kerana watak dalam kisah ini tidak pernah menjalani kehidupan bertamadun, hanya beberapa perkara sempat mereka pelajari dari penjaga mereka sebelum dia meninggal dunia ini. Majoriti filem ini menayangkan dua watak itu hidup dalam keadaan hidup yang sangat primitif.

Faktor pedofilia : Brooke Shields melakonkan filem ini ketika berumur 14 tahun dan boleh dikatakan sepanjang filem ini, dia tidak berpakaian dengan bahagian-bahagian sulitnya ditutup dengan rambut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)