filem bunohan zahiril azim muay thai

Dalam 89 tahun sejarah anugerah Oscar, hanya empat filem Malaysia yang dihantar untuk dinilai dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik : Puteri Gunung Ledang, Bunohan, Lelaki Harapan Dunia dan Redha.

Namun kesemuanya gagal layak menjadi lima calon terakhir. Walaupun jumlah penyertaan kini dibuka lebih besar, FINAS tidak membuat sebarang penyertaan tahun ini walaupun 92 negara lain menyertai kategori tersebut. Khabar angin mengatakan kekangan kewangan menyebabkan FINAS mengambil tindakan sedemikian dan badan pemilihan Oscar FINAS telah pun dibubarkan buat sementara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Datuk Kamil Othman, bekas pengarah FINAS mengatakan sepanjang penglibatannya, beliau mengharapkan pembikin filem Malaysia akan berusaha memikat penonton luar jika mereka gagal menembusi pasaran Malaysia. Tidak ada bayaran dikenakan bagi menyertai pencalonan Oscar namun terdapat beberapa langkah yang setiap negara perlu lakukan, bagi membantu pendedahan filem berada pada tahap terbaik.

Perkara yang paling penting adalah memastikan setiap ahli penilai Academy telah menonton filem yang dihantar. Melobi untuk perkara itu berlaku saja mungkin memerlukan RM296 ribu hingga RM9.3 juta, menurut Sridhar Sreekakula, CEO kepada Barking Cow Media Group.

barking cow sridhar

Barking Cow dilantik FINAS untuk memberi pendedahan kepada filem 'Lelaki Harapan Dunia' dan 'Redha' setelag FINAS menghantar pencalonan kedua-dua filem tersebut. Sridhar, seorang lelaki India Amerika dengan pengalaman 40 tahun dalam pengedaran filem, mempunyai jaringan hubungan yang besar di Amerika Syarikat.

"Sesebuah negara perlu memutuskan dari awal penyertaan. Jika penyertaan hanya dibuat pada awal Oktober, masa terlalu suntuk untuk melakukan promosi dan proses melobi," kata Sridhar. Bulan Oktober selalunya dipilih sebagai tarikh tutup penyertaan. Keempat-empat filem yang pernah dihantar calon atau pemenang anugerah filem terbaik Festival FIlem Malaysia yang diadakan setiap bulan September.

puteri gunung ledang filem m nasir tiara jacquelina

Menggunakan jaringannya, Sridhar berjaya meletakkan iklan dua filem tersebut dalam majalah The Wrap dan Variety. Ulasan filem 'Redha' pula diterbitkan dalam majalah The Hollywoood Reporter selepas sesi tayangan diadakan.

"Usaha awal perlu dilakukan berbulan-bulan lebih cepat, kerana di sinilah ruang untuk filem ditonton atau diketahui - sama ada melalui sesi tayangan, iklan, penghantaran DVD kepada panel, sesi bengkel. Tujuannya, untuk mencipta peluang ditonton oleh panel terpilih," terang Sridhar.

Jika semua itu gagal menarik minat panel juri, apakah peluang lain bagi filem Malaysia menempa nama di Hollywood? Menurut Sridhar, filem-filem Malaysia boleh menyertai kategori-kategori Oscar yang lain - dengan syarat filem tersebut telah pun ditayangkan di pasaran sana.

redha filem

Untuk itu berlaku, kos minima yang diperlukan sekitar RM211 ribu hingga RM296 ribu dan itu merupakan tiket mudah untuk filem Malaysia menyertai kategori kesan visual terbaik, skrip terbaik dan kategori-kategori lain.

"Selepas jutaan subsidi dan bantuan diberikan pada penggiat filem, industri filem Malaysia perlulah membuktikan kemampuan mereka menghasilkan filem yang mampu memberi pulangan yang baik," kata Datuk Kamil Othman. "Jika bukan Oscar, kita masih boleh menyertai pertandingan-pertandingan lain di Asia."

"Penggiat filem di Malaysia selalu mengatakan kemahiran mereka setanding dengan penerbit luar, jadi satu-satunya cara untuk membuktikannya, adalah melalui penyertaan di peringkat antarabangsa, kan?" tanya beliau.

lelaki harapan dunia filem

Sridhar menambah keunikan sesuatu filem amat penting dalam membantu mendedahkan filem Malaysia di peringkat Oscar. Berkongsi pengalaman beliau menjalankan kempen filem Redha yang ditukar namanya kepada 'Beautiful Pain,' nama tersebut tidak membantu menonjolkan keunikan filem tersebut.

"Cuba cari di Google frasa 'Beautiful Pain' dan tak ada langsung informasi tentang filem Redha yang keluar," kata Sridhar.

Walaupun pertukaran nama filem Redha tidak banyak membantu, Redha berjaya juga ditayangkan di festival sekitar Los Angeles seperti LA Annual Asian World Film Festival dan Los Angeles Awareness Film Festival 2016, mengubati luka tidak terpilih dalam kategori awal yang disasarkan.

Terjemahan artikel

"Why Cant Malaysian FIlms Get to the Oscars?"




Hakcipta iluminasi.com (2017)