Kredit foto: Instagram @syadaamzahh
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Jika pada era 80-an dan 90-an, ND Lala pernah popular dengan memperjuangkan genre muzik pop tradisional dan rakyat, kini giliran anak bongsunya, Syada Amzah meneruskan legasi beliau sebagai penyanyi.
Menyedari potensi penyanyi muda berbakat besar ini, rancangan realiti Big Stage memberi peluang kepadanya untuk menjadi salah seorang daripada 12 peserta yang bertanding untuk musim kedua.
Jom kenali dengan lebih dekat profil Syada yang juga merupakan adik kepada penyanyi Shila Amzah ini.
Biodata
1. Pemilik nama penuh, Nursyuhada binti Amir Amzah.
2. Menggunakan nama pentas, Syada Amzah.
3. Kelahiran Kuala Lumpur pada 14 Januari 1998.
4. Berusia 21 tahun (2019).
5. Bernaung di bawah syarikat rakaman, Greyscale (SA) Sdn Bhd.
6. Namanya melonjak naik menerusi nyanyian lagu cover, Pencuri Hati yang mencatatkan 2.4 juta tontonan dan Kanda (992 ribu tontonan).
Fakta menarik
- Menggunakan tanda pagar #cadasings untuk video lagu covernya di Instagram. Juga tanda pagar #yourfavtrio untuk lagu-lagu cover yang melibatkan dua lagi rakan gandingannya, Dalia Farhana dan Ili Rawaida.
- Anak bongsu penyanyi terkenal era 80-an dan 90-an, ND Lala. Manakala kakaknya, Shila Amzah merupakan penyanyi Malaysia yang mencipta nama di negara China.
- Bekas peserta Idola Kecil musim pertama.
- Pernah terbabit menjayakan persembahan sebuah program televisyen di China.
- Perkembangan aktiviti seninya boleh diikuti menerusi laman sosial Instagram @syadaamzahh yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 925,000 pengikut. Termasuk akaun Facebook @syadaamzah dan saluran Youtube Syada Amzah (17,000 pelanggan).
Baca: 10 Fakta Penyanyi Shila Amzah Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Shila Amzah
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Ubai MZ, Suami Shila Amzah
Baca: 8 Fakta Ubai MZ Yang Ramai Tak Tahu!
Foto
Kredit foto: Instagram @syadaamzahh & Instagram @astrogempak
Video
Kredit video: Youtube Sinar
Sumber:
2. Wikipedia