Kredit foto: Instagram @chaleedaxgilbert

    

Mempertaruhkan 12 bakat muda yang mencipta nama menerusi media sosial, program realiti terbitan Astro, Big Stage kembali dengan musim kedua sekaligus mengukuhkan pengaruhnya dalam kalangan penonton generasi muda.


Enam peserta lelaki yang bersaing ialah Adzrin, Kucaimars, Irfan Haris, Santesh, Aziz Harun dan Han Byul, manakala barisan peserta wanita pula terdiri daripada Fieya Julia, Neeta, Syada Amzah, Sheryl Shazwanie, Dinda Permata dan Chaleeda.

Menerusi ruangan biodata kali ini, kami kongsikan profil salah seorang pesertanya, Chaleeda, penyanyi kelahiran Thailand yang mencipta nama di Malaysia.

   

Biodata

1. Pemilik nama Chaleeda Gilbert yang menggunakan nama komersial, Chaleeda.

2. Berasal dari Thailand.

3. Lahir pada 21 Februari 2001.

4. Berusia 18 tahun.

5. Mempunyai darah campuran Thai-Inggeris.

6. Bergiat aktif sebagai penyanyi, pelakon dan youtuber.

7. Namanya mendapat perhatian selepas sering berkongsi lagu cover nyanyian di laman Youtube.

8. Lagu cover Justin Bieber yang dibawakannya berjaya meraih 1.2 juta tontonan hanya dalam tempoh lima hari sahaja.

9. Juga terbabit sebagai pelakon untuk siaran iklan di Thailand.

10. Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Mind Over Matter yang mana video muziknya sudah meraih 4.1 juta tontonan di Youtube, Pretty Boy (2.2 juta tontonan) dan Best Friend (1 juta tontonan).

11. Untuk mendapatkan perkembangan terkini aktiviti seni Chaleeda, ikuti laman sosial Instagramnya, @chaleedaxgilbert (136,000 pengikut), Facebook @chalee.chaleeda (1 juta pengikut) dan Youtube Chaleeda (109,000 pelanggan).

    

Fakta Menarik

  • Mula bertapak dalam dunia seni suara sejak berumur 11 tahun.
  • Artis antarabangsa pertama yang bernaung di bawah label tempatan, Rocketfuel Entertainment.
  • Pernah menjalin kerjasama dengan penyanyi rap ternama, SonaOne.
  • Pernah menjadi ahli Tweenie 90's yang merupakan kumpulan remaja wanita popular di Thailand. 
  • Mengidolakan selebriti antarabangsa seperti Drake, Rihanna, August Alsina dan Melanie Matinez.

    

Foto

chaleeda wikipedia

chaleeda thailand

chaleeda big stage

chaleeda gilbert

big stage musim 2 423

instagram chaleeda

Kredit foto: Instagram @chaleedaxgilbert

    

Video

Kredit video: Youtube Chaleeda

    

Sumber:

1. Laman Rasmi Big Stage

2. Astro Gempak

3. BH Online

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)