Kredit foto: Instagram @dindapermata174

    

Rancangan berkonsepkan realiti, Big Stage tampil dengan kelainan apabila musim kali ini (musim kedua) turut mengenengahkan peserta dari luar negara iaitu Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan .

Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pihaknya terdorong membawa jenama program realiti tempatan ke mata antarabangsa selepas sambutan luar biasa diterima terhadap persembahan Sarah Suhairi pada musim lalu.

"Sebenarnya kita sudah lama inginkan program seperti Akademi Fantasia (AF) atau Gegar Vaganza (GV) melangkah lebih jauh luar dari Malaysia.

"Tetapi dengan Big Stage, apa yang sudah jadi tahun lepas seperti persembahan Sarah Suhairi yang mendapat perhatian masyarakat Korea dan Blackpink, berserta reaksi video yang mereka lakukan, kami merasakan kita sudah bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih jauh.

"Jadi mengapa tidak kita tembusi pasaran luar negara dan dalam masa sama kita hendak pamerkan bakat-bakat Malaysia ke luar negara," katanya kepada Astro Awani ketika ditemui di majlis sidang media Big Stage di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Penyanyi dari negara lain yang terlibat dalam musim kali ini ialah Aziz Harun dari Brunei, Chaleeda (Thailand), Dinda Permata (Indonesia) dan Jang Han Byul (Korea Selatan).

Jom berkenalan dengan lebih rapat salah seorang daripada mereka, Dinda Permata menerusi biodata yang kami sediakan ini.    

Biodata

1. Pemilik nama Adinda Permata Suci Nababan. Dikenali dengan nama pentasnya, Dinda Permata.

2. Lahir pada 17 April 1992.

3. Berasal dari negara Indonesia.

4. Berumur 27 tahun.

5. Membabitkan diri dalam dunia seni sebagai penyanyi.

6. Berasal dari kumpulan 5 Bidadari.

7. Jumlah tontonan single hitsnya berjudul Tak Sanggup Lagi kini sudah mencapai angka 26 juta di YouTube. Lain-lain lagu popularnya seperti Seseorang Dihatimu (3.7 juta tontonan) dan Ga Segitunya Keleus (1.1 juta tontonan).

8. Lagu Ga Segitunya Keleus dendangannya menampilkan kelainan menerusi genre ‘Dancedut’ yang diketengahkan.

9. Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @dindapermata174 kini merekodkan lebih 45,000 pengikut.

     

Foto

dinda permata tak sanggup lagi

dinda permata wikipedia

biodata dinda permata

konsert big stage musim 2 300

big stage musim 2 257

Kredit foto: Instagram @dindapermata174

    

Video

Kredit video: Youtube NAGASWARA Official Video

    

Sumber:

1. Laman Rasmi Big Stage

2. Astro Awani

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)