Kredit foto: Instagram @adzrinamrddin

   

Walau sudah memegang status sebagai selebriti dan single yang memacu namanya, 'Bukan Yang Terbaik' mendapat jumlah tontonan mengagumkan di laman YouTube, kemunculan penyanyi Adzrin nampaknya belum benar-benar disedari khalayak.

Mengambil inisiatif, pendatang baharu ini menyahut cabaran menyertai program realiti nyanyian terbitan Astro, Big Stage musim kedua yang antara lain menampilkan penyanyi Santesh, Irfan Haris, Kucaimars, Fieya Julia, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah (adik Shila Amzah), Aziz Harun (penyanyi Brunei), Han Byul (penyanyi Korea), Chaleeda (penyanyi Thailand) dan Dinda Permata (penyanyi Indonesia).

Mampukah Adzrin menghidupkan pentas pertandingan sekaligus mengekalkan konsistensi persembahan setiap minggu.

Sama-sama kita nantikan Konsert Big Stage musim kedua yang akan mula ke udara secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad, jam 9 malam.

Berikut kami kongsikan secara ringkas biodata dan portfolio seni Adzrin sebagai antara peserta bertanding.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Adzrin Ameruddin. Menggunakan nama pentas, Adzrin.

2. Anak kelahiran Kuala Lumpur pada 25 Mac 2000.

3. Berusia 19 tahun.

4. Bernaung di bawah syarikat rakaman, 17 Eleven Music.

5. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @adzrinamrddin sehingga kini sudah mengumpul lebih 128 ribu pengikut.

6. Popular menerusi lagu hits, 'Bukan Yang Terbaik' yang mana video muzik rasminya sehingga kini sudah mencatat jumlah tontonan 4.4 juta di laman Youtube.

    

Fakta Menarik

  • Namanya menjadi tular selepas mempopularkan single 'Bukan Yang Terbaik'.
  • Menyifatkan dirinya seorang 'gamer'. Malah pernah 'dicekup' cikgu disiplin ketika bermain game di sekolah.
  • Tidak dikenali peminat walaupun lagunya meletup.

    

Foto

penyanyi adzrin ameruddin

adzrin bukan yang terbaik

biodata adzrin bukan yang terbaik

adzrin bukan yang terbaik lirik

adzrin konsert big stage musim 2

big stage musim 2 566

Kredit foto: Instagram @adzrinamrddin & Instagram @bigstageofficial

    

Video

Kredit video: Youtube Virtuosity Production

    

Sumber:

1. Laman Rasmi Big Stage

2. Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)