biodata neeta iamneeta

Kredit foto: Instagram @neetamanis

     

Vokalis kumpulan indie, Iamneeta iaitu Neeta Manishaa atau nama komersialnya, Neeta, 25, menjadi antara yang tersenarai sebagai peserta program realiti Big Stage musim kedua.

Antara lain, pertandingan yang mengangkat bakat di kalangan penyanyi baharu yang mendapat jolokan 'budak baru nak up' (BBNU) itu turut menampilkan Irfan Haris, Kucaimars, Fieya Julia, Syada Amzah, Santesh, Aziz Harun, Sheryl Shazwanie, Dinda Permata, Han Byul, Adzrin dan Chaleeda.

Berikut kami kongsikan profil seni salah seorang pesertanya, Neeta Manishaa.

    

Biodata

1. Pemilik nama Neeta Manishaa yang menggunakan nama komersial, Neeta.

2. Kelahiran Sungai Petani, Kedah pada 16 November 1994.

3. Berusia 25 tahun.

4. Mempunyai darah campuran Cina, India dan Siam.

5. Anak tunggal dalam keluarga.

6. Berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan daripada Kolej Damansara Utama (KDU).

7. Berkecimpung dalam dunia hiburan dengan memegang profesion sebagai penyanyi.

8. Merupakan vokalis kumpulan IamNEETA.

9. Artis naungan syarikat rakaman NAR Records.

10. Menerusi bandnya, Neeta meledak dengan lagu Sakit yang sehingga kini sudah mencatat 9 juta tontonan di Youtube dan Ilusi (1.1 juta tontonan).

11. Untuk mendapatkan perkembangan aktiviti seni Neeta, ikuti laman sosial Instagramnya, @neetamanis (89,000 pengikut), Facebook @neetamanishaa dan Youtube Neeta Manishaa (976 pelanggan).

    

Fakta Menarik

  • Meminati muzik sejak zaman kanak-kanak.
  • Berkemahiran untuk berkomunikasi dalam lima bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Hokkien dan Thailand.
  • Mempunyai masalah memesan hidangan makanan pada bulan Ramadan kerana wajahnya yang seakan orang Melayu.
  • Menjadikan band Paramore, Kodaline dan Coldplay sebagai inspirasi untuk berjuang dalam bidang nyanyian.

     

Foto

neeta manisha ig

i am neeta sakit

iamneeta

i am neeta wikipedia

neeta big stage

Kredit foto: Instagram @neetamanis

    

Video

Kredit video: Youtube nartvnetwork

    

Sumber:

1. Laman Rasmi Big Stage

2. Mstar

3. MHE TV

4. Harian Metro

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)