Selepas berita perkahwinan penyanyi Shila Amzah tersebar di media sosial, ramai yang masih tertanya-tanya mengenai identiti suaminya, Ubai MZ, meskipun sebelumnya mereka pernah mengumumkan mengenai hubungan mereka.

           

ubai 717

        

Ternyata, lelaki yang berjaya merebut hati Shila ini juga adalah seorang selebriti, yakni pengacara yang pernah menyampaikan rancangan dalam talian di platform Astro.

         

shila amzah 59

         

Pastinya ramai yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang siapakah sebenarnya Ubai MZ? Mari kita semak fakta-fakta mengenai suami baru kepada penyanyi terkenal ini.

         

Shila Amzah Nikah, Ini 8 Fakta Biodata Suaminya, Ubai MZ

ubaidillah 582

            

1. Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah bin Mohd Zulkefli dilahirkan pada 10 Januari 1998 dan kini berumur 25 tahun (2023).

          

ubai mz umur

       

2. Beliau terkenal sebagai personaliti TikTok dan merupakan anak kepada pasangan Mohd Zulkefli Yusoff (bapa) dan Rohani Jamal (ibu).

       

suami shila amzah

         

3. Sebelum ini, beliau mengejar pendidikan dan berjaya bergelar seorang graduan dari Politeknik Merlimau Melaka.

         

shila amzah nikah

         

4. Semasa zaman persekolahannya, Ubai adalah seorang yang aktif dalam acara larian, dan Shila pernah berkongsi tentang hal ini di Instagram (IG) miliknya, serta memaparkan foto beberapa pingat yang dimenangi oleh Ubai.

          

ubai shila amzah

         

5. Sebelum ini, Ubai juga mencipta nama dalam dunia hiburan menerusi program sembang santai bersama selebriti, yang dikenali sebagai Borak Dulu Baru Kamu, sebuah rancangan digital di portal Astro Gempak. Beliau berbual bersama dengan beberapa artis popular tempatan termasuk Erra Fazira, Shaheizy Sam, Jep Sepahtu, Uqasha Senrose, Nabil Ahmad dan ramai lagi.

        

ubai umur

        

6. Adik kepada Ubai, Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli, telahpun meninggal dunia akibat kemalangan beberapa bulan yang lalu, iaitu pada 4 Mei 2023. Tragedi tersebut disusuli dengan pemergian ibunya, Rohani pada 30 Julai 2023, selepas berjuang melawan penyakit kanser ovari yang dihidapi sejak Disember 2022.

          

ubai shila

         

7. Ubai dan Shila melangsungkan pernikahan mereka pada 5 Ogos 2023 selepas bertunang pada 27 Mei 2023 dalam majlis yang diadakan secara tertutup bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat rapat. Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 dan dari perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais, yang kini berusia empat tahun. Namun, mereka berdua kemudian bersepakat untuk bercerai pada 8 Februari 2022.

         

umur shila amzah

        

8. Pada 12 Mei 2023 lalu, Ubai dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya. Ketumbuhan tersebut telah disedari sejak tiga tahun lalu dan atas nasihat doktor, ia perlu dibuang segera untuk mengelakkan risiko pecah dan bahaya yang mungkin berlaku.

Selain itu, Shila berkongsi di Instagram tentang ketumbuhan cyst yang dikesan di bahagian mata Ubai, menyebabkan matanya kelihatan senget sebelah.

         

Baca: 10 Fakta Penyanyi Shila Amzah Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Syada Amzah, Adik Kepada Penyanyi Shila Amzah

Baca: Biodata Personaliti TikTok Ubai MZ

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Shila Amzah

         

shila amzah kahwin

ubai mz 658

ubai dan shila 253

Kredit foto: Instagram Ubaidillah , Instagram Shila Amzah , Facebook Ubai Mz , Facebook Ubaidillah Zulkefli

        

Video

Kredit video: US, Ubai & Sha

        

Sumber:

1. Ada Bersama Susah & Senang, Ubai Syukur Shila Amzah Temani Jalani Pembedahan

2. 'Mak minta teruskan majlis' - Ubai

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)