Biodata

1. Pemilik nama penuh Amirul Husyairi Nani. Dikenali sebagai Kucaimars.

2. Berusia 22 tahun.

3. Anak sulung daripada empat beradik.

4. Anak kelahiran Negeri Sembilan.

5. Bapanya, Nani Sakam, 57, merupakan ahli perniagaan, manakala ibunya, Misah Mustafa, 45, seorang guru.

6. Graduan Diploma Kreatif (Teater) dari Universiti Teknologi Mara, Puncak Perdana, Shah Alam.

7. Mula popular menerusi lagu cover 'Di Matamu' yang dipopularkan penyanyi Sufian Suhaimi. Video nyanyiannya yang dimuatnaik di laman Instagram itu meraih hingga 11,000 tontonan dalam masa yang singkat.

8. Pengikut Instagramnya kemudian meningkat mencecah 228,000 orang dalam tempoh lapan bulan sahaja!

9. Kelompok peminatnya di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

10. Antara lain, Kucaimars mendapat perhatian menerusi lagu cover Dinda nyanyian asal kumpulan Masdo, Sephia (Sheila On 7), Bunga (Masdo) dan Menghapus Jejakmu (Peterpan).

11. Sejak dikenali, jadual kerjaya seninya padat hingga menerima lebih 30 jemputan persembahan di seluruh negara! Antaranya diundang ke majlis keraian dan pesta konvokesyen universiti-universiti tempatan.

12. Nama Kucaimars adalah gabungan perkataan ‘Kucai’ dan ‘Mars’. Kucai merupakan gelaran seorang jurulatih bola sepak terhadapnya sewaktu menuntut di tingkatan tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi di Senawang. Mars bersempena jenama coklat kegemarannya. Kucaimars tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan nama penyanyi antarabangsa, Bruno Mars.

13. Penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dan kelab Chelsea.

14. Pernah mewakili daerah Seremban dalam perlawanan sukan bola sepak sewaktu di sekolah menengah.

15. Jika bukan penyanyi, beliau merasakan dirinya bakal bergelar bintang bola sepak.

16. Pernah menganggotai band ‘Q4’ semasa di sekolah menengah.

17. Bakal muncul dengan single sulung berjudul Jawab, ciptaan Akim dan Zarimi daripada kumpulan Akim & The Majistret. Lagu yang mengetengahkan konsep pop alternatif itu diterbitkan label syarikat Warner Music.

Foto

biodata penyanyi amirul husyairi 2

biodata penyanyi amirul husyairi 3

biodata penyanyi amirul husyairi 4

biodata penyanyi amirul husyairi 5

biodata penyanyi amirul husyairi 6

Video

Kredit:

1. Utusan

2. Instagram @kucaimars

3. Youtube Warner Music Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)