Kredit foto: Instagram @irfannharis

    

12 penyanyi berpengaruh yang sebelum ini menggunakan media sosial sebagai platform mengembangkan bakat, kini menyahut cabaran untuk turun padang dan bertanding sekaligus membuktikan keupayaan mereka beraksi di 'pentas besar' menerusi program realiti terbitan Astro, Big Stage.

Memasuki musim kedua, rancangan yang sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri di kalangan peminat generasi muda ini bakal membuka tirainya pada 18 Ogos 2019, setiap Ahad, jam 9 malam, secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Menerusi segmen biodata kali ini, kami kongsikan profil salah seorang pesertanya, Irfan Haris yang juga merupakan adik kepada penyanyi Amira Othman.

    

Biodata

1. Pemilik nama lengkap, Irfan Haris bin Othman.

2. Kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001.

3. Berumur 18 tahun.

4. Rangkaian lagu-lagu yang pernah dipopularkannya seperti Redha yang mana video muziknya sehingga kini mencatatkan 21 juta tontonan di Youtube, Pesan (10 juta tontonan) dan Hilang (2.1 juta tontonan).

    

Fakta Menarik

  • Merupakan adik kepada penyanyi Amira Othman yang popular menerusi lagu Hati-Hati dan Jaga-Jaga.
  • Menetap di Johor Bahru, namun sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk memenuhi jadual kerjaya seni.
  • Bekas peserta rancangan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim keempat pada tahun 2011 dan Ceria Pop Star (2016).
  • Lagu Redha nyanyiannya yang mempunyai jumlah tontonan tinggi di Youtube, dipilih menjadi lagu runut bunyi drama rantaian fenomena, Suri Hati Mr Pilot.
  • Untuk mengetahui perkembangan aktiviti seni Irfan, peminat boleh mengikuti laman Instagramnya yang menggunakan nama @irfannharis (465,000 pengikut), Facebook @irfannharis dan saluran Youtube Irfan Haris Othman (4.2 ribu pelanggan).

     

Foto

irfan haris pesan

irfan haris hilang

irfan haris amira othman

instagram irfan haris

irfan haris big stage musim 2

Kredit foto: Instagram @irfannharis & Instagram @astrogempak

     

Video

Kredit video: Youtube Ippo Hafiz

    

Sumber:

1. Laman Rasmi Big Stage

2. Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)