lirik lagu jauh dan biodata aziz harun 1

Kredit foto: Instagram Aziz Harun

Lirik

Lagu: Jauh

Penyanyi: Aziz Harun

       

Berat hati mencuba

Menghapuskan segala

Yang ada di jiwa

        

Mungkin kau tak merasa

Apa yang aku rasa

Tetapku berikan semua

       

Akan aku doakan dirimu

Untuk bahagia hanya tuhan tahu

Tetap kamu ada di hatiku

Biarpun kita terpisah jauh

       

Ku cuba meraih bintang

Tetap kau mahukan bulan

Tak bisaku janjikan

       

Kau utuh nadi jiwaku

Semangat ada padamu

Tetap kau pergi menjauh

      

Walau tak sempurna

Kasih diantara kita berdua

Biarlah takdir menentu segala

         

Untuk kau bahagia

Tetap kamu di hatiku

Walaupun kau meninggalkan aku

       

Kredit video: Youtube Faithful Music

       

Biodata Aziz Harun

1. Penyanyi kelahiran negara Brunei Darussalam.

2. Berusia 21 tahun.

3. Anak bongsu daripada enam beradik.

4. Bekas penuntut Sekolah Antarabangsa Jerudong.

5. Pernah menjuarai pertandingan Bintang Kecil 2009.

6. Mula menceburi bidang seni sejak berumur tiga tahun.

7. Meletup dengan lagu Senyum, Beautiful, Jangan dan Hana (duet bersama Hannah Delisha).

8. Merupakan anak didik kepada penyanyi dan komposer, Faizal Tahir.

9. Sehingga kini sudahpun mengumpul lebih 140,000 pengikut di Instagram.

10. Mencapai lebih 300,000 tontonan, video muzik 'Jauh' kini menduduki tangga ke-25 carta Trending YouTube Malaysia.

11. Selain menyanyi, beliau juga berkebolehan menulis dan menggubah lagu.

12. Menyifatkan bakat seninya diwarisi daripada bapa yang gemarkan muzik, walaupun tidak pandai menyanyi.

13. Mempelajari kemahiran bermain gitar daripada kakaknya. Kesemua adik-beradiknya juga mendapat pendedahan tentang muzik sejak kecil.

14. Mengagumi penyanyi Jason Mraz dan Datuk Jamal Abdillah.

15. Meminati bidang ekonomi dan ingin mendalami jurusan berkenaan.

        

lirik lagu jauh dan biodata aziz harun 2

Kredit foto: Instagram Aziz Harun

Sumber:

1. BH Online [1, 2]

2. Astro Gempak

4. Utusan



Hakcipta iluminasi.com (2017)