Kredit foto: Instagram Qody Rany

  

Siapa Qody Rany? Rossaidi Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai Qody Rany merupakan antara peserta program realiti nyanyian, Big Stage 2020.

Rancangan realiti yang mengetengahkan bakat BBNU (Budak Baru Nak Up) dan sudah memasuki musim ketiga itu antara lain menampilkan Usop (Mentor), Amir Hasan, Hanie Soraya, Azzam Sham, Sandra Dianne, Hafiz Zainal, Farisha Iris, Dinie Rashid, Nana Sheme, Yamani Abdillah dan Fadh Majid.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Rossaidi bin Abdul Rani.
  • Menggunakan nama komersial, Qody Rany.
  • Berumur 26 tahun (2020).
  • Kelahiran Pulau Tuba, Langkawi, Kedah pada 21 September 1994.
  • Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba.
  • Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi yang bernaung di bawah label Seventeen Eleven.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti nyanyian, Mentor Milenia 2016 yang menobatkannya sebagai naib juara.
  • Popular menerusi lagu 'Dia' yang meraih lebih 2.9 juta tontonan di laman Youtube.
  • Antara lain, rangkaian lagu hitsnya termasuk Biar Aku, Hanya Kata dan Ku Bersumpah (duet bersama Marsha Milan Londoh).
  • Mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah Mohd Fuad, seorang pekerja penjawat awam pada 5 Mac 2020 selepas dua tahun perkenalan rapat.
  • Akaun laman sosial Instagramnya atas nama @qody_official sehingga kini mempunyai lebih 38,500 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Mula menyanyi sejak bangku sekolah.
  • Bekas pemain bola sepak yang pernah membarisi Skuad Bola Sepak Kedah bawah 19 tahun selama dua tahun pada 2012.
  • Pernah menyertai ujibakat Big Stage musim pertama, namun tidak berjaya melayakkan diri.
  • Menganggap penyertaannya dalam musim ini sebagai peserta 'underdog' jika dibandingkan dengan peserta lain.
  • Dikatakan pernah mempunyai hubungan cinta dengan pengacara TV3, Anim Ezati Rizki
  • Nurul Atiqah yang merupakan isterinya kini adalah anak kepada jurulatih ketika dia bermain bola sepak untuk Pasukan Belia Kedah bawah 19 tahun.
  • Menyertai Mentor Milenia kerana ingin mengubah nasib keluarga.
  • Vokalnya dikatakan mempunyai iras penyanyi Black Hanifah yang juga mentornya di Mentor Milenia.
  • Bapanya meninggal dunia pada 1 Mac 2020 iaitu empat hari sebelum pernikahannya berlangsung lantaran menghidap penyakit paru-paru yang dideritai selama 10 tahun.
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah mencuba pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan, antaranya pernah berniaga ‘coconut shake’, membaiki penghawa dingin dan bergelar pemuzik jalanan.
  • Menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu hari nanti.
  • Berkemampuan mendendangkan pelbagai genre lagu khususnya rock.
  • Pernah menganggotai sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan sejak tahun 2012 di Langkawi dibarisi tujuh pemuzik dengan mempertaruhkan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan, namun gagal menempa nama kerana radio tidak memutarkan lagu nyanyian mereka.
  • Dilantik sebagai Ikon Belia Langkawi 2016.
  • Pernah menghidap penyakit saraf Gullian Barre Syndrom yang menyebabkan separuh badannya lumpuh, percakapan terganggu, kesukaran menyanyi dan hilang deria rasa.
  • Pernah menyertai ujibakat Akademi Fantasia (AF) Musim 12, namun terkandas setakat senarai pendek untuk zon Penang sahaja.
  • Akaun Facebook miliknya mempunyai lebih 17,000 pengikut
  • Lagu Dia nyanyiannya tersenarai dalam Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-33.

   

Baca: Biodata Usop (Mentor), Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Azzam Sham, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Yamani Abdillah, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Sandra Dianne, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Nana Sheme, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Amir Hasan, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Fadh Majid, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Farisha Iris, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Hafiz Zainal, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Hanie Soraya, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Dinie Rashid, Peserta Big Stage 2020

     

Foto

qody rany dulu

qody rany 874

qody rany instagram 589

qody mentor

qody 318

wikipedia qody rany

peserta big stage 2020 975

isteri qody

big stage 2020 969

Kredit foto: Instagram Qody Rany

   

Video

Kredit video: QODY - Dia (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Qody Dikejar Bayang Black Hanifah

2. Qody harap tuah lagu ciptaan Edry

3. Perjuangan tidak terhenti

4. Qody bertuah dapat Marsha

5. Qody tumpang tuah 'Kekasih Paksa Rela'

6. Qody cekal ketengah bakat

7. Qody tak kisah single jadi karya 'sendat'

8. Profil Qody Rany

9. Dulu bercinta dengan Safawi Rasid, kini pengacara TV3 ini milik Qody

10. Dua tahun berkawan rapat, Qody kini suami Nurul Atiqah - “Kami kenal dah lama, dia anak jurulatih saya”

11. Qody hilang bapa saat naik pelamin

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)