Kredit foto: Instagram @usopofficial

      

Biodata

1. Pemilik nama lengkap, Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor. Nama pentasnya, Usop atau Usop Mentor.

2. Lahir pada 24 Oktober 1997.

3. Berasal dari Lunas, Kulim, Kedah.

4. Berusia 22 tahun.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.

6. Kerjaya seninya bermula selepas menyandang gelaran naib juara dalam program realiti, Mentor Milenia 2017 di bawah didikan penyanyi Hazama.

7. Kini bernaung di bawah label, Rocketfuel.

8. Antara single pernah dirakamkannya seperti Matahari, Nama Terindah, Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

9. Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @usopofficial sudah mengumpul lebih 500,000 pengikut.

       

Fakta Menarik

  • Dikenali dengan karakter lucu dengan perangainya yang 'gila-gila'.
  • Berkomunikasi dalam loghat Utara yang pekat.
  • Peminat lagu-lagu Bollywood. 
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan dengan bekerja di kedai makan, selain berkhidmat sebagai tukang servis penghawa dingin.
  • Sebelum popular dengan nama komersial Usop, beliau terlebih dahulu dikenali sebagai Epul di kalangan kenalan. Nama 'Usop' dicetuskan mentornya, Hazama yang diilhamkan daripada karakter animasi popular, 'Usop Sontorian'.
  • Menjadikan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Ezad Lazim sebagai inspirasi.
  • Menyifatkan dirinya anak yang manja.
  • Bakal membuka kedai makan sendiri yang berkemungkinan akan menghidangkan nasi campur air tangan ibunya sebagai menu.
  • Sewaktu kecil, gemar menyanyikan lagu-lagu nasyid.

       

Baca: Rupanya Ini Keputusan Sebenar SPM Usop Mentor (Big Stage 2020)

   

Foto

biodata usop penyanyi lagu selamanya 2

biodata usop penyanyi lagu selamanya 3

biodata usop penyanyi lagu selamanya 4

biodata usop penyanyi lagu selamanya 5

biodata usop penyanyi lagu selamanya 6

biodata usop penyanyi lagu selamanya 7

biodata usop penyanyi lagu selamanya 8

Kredit foto: Instagram @usopofficial

     

Video

Kredit video: Youtube MHE TV

     

Sumber:

1. Kosmo

2. Utusan [1, 2]

3. Youtube Harian Metro

4. Youtube MHE TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)