Kredit foto: Instagram Hafiz Zainal

   

Siapa Hafiz Zainal? Muhammad Hafiz Zainal atau nama pentasnya, Hafiz Zainal merupakan antara peserta yang berjaya menempatkan diri dalam program realiti Big Stage 2020.

Penganjuran musim ketiga yang menonjolkan bakat BBNU (Budak Baru Nak Up) itu turut membariskan penyanyi Usop (Mentor), Yamani Abdillah, Farisha Iris, Nana Sheme, Amir Hasan, Azzam Sham, Dinie Rashid, Hanie Soraya, Qody Rany, Sandra Dianne dan Fadh Majid.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Muhammad Hafiz bin Zainal.
  • Menggunakan nama komersial, Hafiz Zainal.
  • Berumur 28 tahun (2020).
  • Lahir pada 1 Julai 1992 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • Merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangssan Tasek Utara Johor Bahru dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur.
  • Menyambung pengajian di Universiti Malaya, Alexandria University Egypt dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan pengacara.
  • Bernaung di bawah label Rhythm & Rhyme Entertainment.
  • Meletup menerusi lagu Percaya Kasihmu yang sehingga kini mengumpul lebih 531,000 tontonan di laman Youtube.
  • Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Terasing, Cinta Bukan Jalan Kita dan Gadis Melayu Ayu.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @drhafizzainal memperoleh lebih 150,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Juga berkhidmat sebagai doktor gigi di Putrajaya.
  • Berkelulusan dalam bidang perubatan pergigian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Mula membabitkan diri dalam bidang perubatan sejak tahun 2018.
  • Menyanyi sejak usia lima tahun.
  • Membuat kemunculan pertama di kaca televisyen pada umur 16 tahun.
  • Pemenang tempat ketiga dan penerima trofi Persembahan Terbaik di Bintang RTM 2018
  • Meraih tempat kedua dalam pertandingan pencarian bakat anjuran syarikat rakaman Awakening Records di Mesir pada 2013.
  • Merangkul kemenangan kategori Nova Media Sosial di Anugerah Planet Muzik 2013 (APM 2013) menerusi rakaman lagu Sedetik Lebih nyanyian asal Anuar Zain, sekaligus menewaskan saingan dari Indonesia and Singapura.
  • Menandatangani kontrak rakaman bersama UNA Global (Mesir).
  • Sudah merakamkan empat buah single.
  • Akaun Facebook miliknya diikuti lebih 120,000 peminat.
  • Pernah berpadu suara dengan penyanyi Maher Zain.
  • Pernah tular gara-gara video nyanyian duet bersama penyanyi Shiha Zikir menerusi lagu Terlanjur Cinta yang dirakamkan di Klinik Gigi.
  • Mengidamkan peluang untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu.
  • Ingin menubuhkan rangkaian klinik sendiri suatu hari nanti.

    

Baca: Biodata Usop (Mentor), Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Farisha Iris, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Azzam Sham, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Yamani Abdillah, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Nana Sheme, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Amir Hasan, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Fadh Majid, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Hanie Soraya, Peserta Big Stage 2020 

Baca: Biodata Qody Rany, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Dinie Rashid, Peserta Big Stage 2020

Baca: Biodata Sandra Dianne, Peserta Big Stage 2020

     

Foto

hafiz zainal dulu

hafiz zainal

wikipedia hafiz zainal

dr hafiz zainal

keluarga hafiz zainal

peserta big stage 2020 20

doctor hafiz zainal

big stage 2020 996

Kredit foto: Instagram Hafiz Zainal

   

Video

Kredit video: PERCAYA KASIHMU - Dr Hafiz Zainal (Official lyric video)

    

Sumber:

1. Profil Hafiz Zainal

2. Mahu tonjol bakat sebenar

3. Hafiz pandai bahagi masa

4. Asyik duet bersama Shiha Zikir di klinik, doktor gigi ditanya apa dah jadi dengan social distancing? – “Ada pesakit perempuan sanggup datang dari Kelantan”

5. Facebook Hafiz Zainal

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)