Kredit foto: Instagram Azzam Sham

    

Muhammad Azzammuddin Lop Hisham atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Azzam Sham merupakan seorang penyanyi yang mula menempa nama selepas mengambil bahagian dalam rancangan pencarian bakat nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim kedua.

Beliau cukup dikenali dalam kalangan peminat muzik melayu melalui beberapa single hits seperti Biar Saja dan Cinta Sejatiku.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham. Menggunakan nama komersial, Azzam Sham.
  • Lahir pada 29 Jun 1997 di Hospital Universiti PPUM.
  • Anak sulung daripada enam orang adik beradik.
  • Beliau yang memperjuangkan genre muzik Pop dan bernaung di bawah label syarikat rakaman MVM Production dan Rusa Music ini mula menceburi dunia hiburan sejak tahun 2015.
  • Bakatnya mula diketengahkan sewaktu berusia 12 tahun dalam pertandingan realiti nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim kedua dan Idola Kecil Ultra TV9. Beliau ditempatkan di kedudukan naib juara sewaktu konsert akhir Idola Kecil musim 2.
  • Antara single dipopularkannya termasuk Kekasihku, Dengar, Cinta Sejatiku, Cinta Gila dan Biar Saja.
  • Drama dibintanginya seperti Destinasi G4 yang ditayangkan di TV9 dan Oh My English! Class of 2015 di Astro TVIQ dan Maya HD.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @azzam_sham sehingga kini mengumpul lebih 280,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi.
  • Menyambung pengajian dalam Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Fakulti dan juga merupakan penerima Anugerah Dekan di institut pengajiannya.
  • Antara pencapaiannya yang lain di ASWARA termasuk pernah muncul sebagai juara pertandingan nyanyian vokal klasikal teknik suara tenor.
  • Menyimpan impian untuk bergelar pensyarah.
  • Selain menyanyi, beliau juga gemar melukis.
  • Pada Mac 2020, beliau mendedahkan sedang mengenali hati budi penyanyi remaja seangkatan, Sheryl Shazwanie yang mana mereka bakal muncul dengan lagu duet terbaharu yang sudah siap dirakamkan.
  • Bertekad untuk memastikan namanya bersih daripada sebarang gosip liar.

      

Baca: Biodata Penyanyi Sheryl Shazwanie, Kekasih Azzam Sham

   

Foto

azzam sham

wikipedia azzam sham

instagram azzam sham

azzam sham idola kecil

sheryl shazwanie

kekasih sheryl shazwanie

lagu azzam sham

azzam sham kahwin

azzam sham biar saja

azzam sham dulu

Kredit foto: Instagram Azzam Sham

    

Video

Kredit video: (OST Setelah Ku Dimiliki) Azzam Sham - Biar Saja [Official Music Video]

    

Sumber:

1. Wikipedia Azzam Sham

2. Aksi ‘berani’ Azzam

3. Tuah balada biar saja

4. Azzam, Sheryl bercinta...

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)