Kredit foto: Instagram Osama Yamani

    

Siapa Osama Yamani? Beliau adalah seorang penyanyi remaja Malaysia yang merupakan anak kepada penyanyi lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah dan juga abang kepada penyanyi remaja, Zaki Yamani.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Osama Yamani bin Jamal Ubaidillah.
  • Menggunakan nama pentas, Osama Yamani.
  • Berumur 19 tahun (2020).
  • Lahir pada 23 November 2001.
  • Kediamannya terletak di Ipoh, Perak (menetap bersama ibu).
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Seni Malaysia KL, Bukit Jelutong, Selangor.
  • Kini menyambung pengajian dalam pengkhususan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Anak sulung kepada penyanyi lagenda negara, Dato' Jamal Abdillah, manakala ibunya, Noraina Mohd Yusof merupakan bekas isteri Jamal daripada perkahwinan keduanya.
  • Bergiat dalam bidang seni sebagai seorang penyanyi menerusi single solo sulung berjudul Bunga Seroja, selain lagu kolaborasi raya bersama Jamal berjudul Hari Raya Menjadi Saksi.
  • Bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman MVM Production.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @yamaniabdillah sehingga kini mencatatkan lebih 31,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Mula meminati bidang seni suara sejak usia kecil, selepas sering mengikuti bapanya dalam menjayakan pelbagai tawaran persembahan.
  • Pernah menyatakan minat untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian seperti Ceria Pop Star, namun dihalang Jamal kerana bimbang pembabitannya akan dikaitkan dengan populariti beliau.
  • Beberapa konsert besar pernah dijayakan Osama termasuk Konsert Duo Lagenda di Istana Budaya.
  • Jamal asalnya ingin melihat beliau bergelar peguam, namun akur dengan minatnya yang lebih terarah kepada bidang muzik.
  • Menyifatkan bapanya sebagai seorang yang bersikap serius dan tegas, serta kurang bersuara.
  • Mula menetap bersama Jamal ketika usia 10 tahun sebelum berenggang ketika memasuki asrama sekolah menengah. Mereka bagaimanapun kembali rapat selepas Osama menamatkan zaman persekolahannya.
  • Memanggil Jamal dengan nama samaran 'Baba'.
  • Selain menyanyi, beliau turut menanam impian untuk bergelar pengarah muzik.
  • Adiknya, Zaki Yamani juga merupakan seorang penyanyi remaja. Zaki adalah anak daripada perkahwinan ketiga Jamal dengan bekas isterinya, Fatimatuzahra Samat.
  • Jamal menyimpan impian untuk berkolaborasi bersama Osama dan Zaki menerusi sebuah lagu duet susulan single duet dihasilkan bersama Osama sebelum ini.

    

Baca: Biodata Penyanyi Zaki Yamani (Anak Jamal Abdillah), Rakan Duet Coki TikTok

    

Foto

osama yamani anak jamal abdillah

osama yamani dulu

jamal abdillah

osama yamani

instagram osama yamani

wikipedia osama yamani 192

siapa osama yamani

yamani abdillah

zaki yamani

anak jamal abdillah 776

bunga seroja osama yamani

umur osama yamani

Kredit foto: Instagram Osama Yamani 

    

Video

Kredit video: Yamani Abdillah - Bunga Seroja (Official Music Video)

    

Kredit video: Apak Terkejut 'Seniman Menangis' Macam Suara Lagenda, Rupanya O.Y.!

   

Sumber:

1. Jamal Abdillah Pastikan Anak Fokus Pelajaran

2. Jamal Abdillah akui silap diri gagal dalam 3 perkahwinan, kini bahagia dengan Izzati

3. Sungguh bahagia

4. Anak impi duet dengan Jamal

5. Jamal mahu anak jadi mufti

6. Jamal letak syarat pada Osama, Zaki

7. Jamal sokong minat menyanyi Osama dan Zaki

8. Bapa larang Osama sertai program realiti

9. Osama Yamani mahu ikut jejak Jamal Abdillah

10. Suara aku tak sama macam beliau: Osama

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)