Kredit foto: Instagram Fazura

        

Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang Fazura, yang kini menjadi tumpuan media selepas berita perceraiannya dengan pelakon Fattah Amin pada 7 Oktober 2024 mula tersebar:

       

stylist range rover height difference movie and tv shows list

        

1. Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura binti Sharifuddin, berasal dari Pekan, Pahang dan kini berumur 41 tahun (2024).

        

tmj fazura

       

2. Fazura merupakan pemegang rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) apabila pada tahun 2022, dia mencipta sejarah menerusi konsert pertamanya, Faztival Fazura 2022, di Axiata Arena.

Malam yang penuh bermakna itu bukan sahaja menjadi detik istimewa buat para peminat, malah melakar sejarah tersendiri apabila dua rekod berjaya dipecahkan. Konsert itu mencatatkan kejayaan bagi kategori 'The Largest Tudung Fazura Gathering in an Event' dan 'The Largest Tudung Bawal in Malaysia'.

       

family fazura

Bapa Fazura (telah meninggal dunia)

      

3. Fazura sering menjadi sebutan ramai bukan hanya kerana bakatnya di pentas lakonan, malah juga dek gaya hidupnya yang penuh glamor. Koleksi barangan mewah miliknya sentiasa mencuri perhatian, terutamanya apabila dia tampil menggayakan aksesori bernilai jutaan ringgit.

       

as her net worth grew so did her age ex clients remembered their styles on every stage

Fazura (berkaca mata hitam dan bertopi)

       

Pada tahun 2022, Fazura mengejutkan ramai apabila muncul dengan jam tangan yang dikatakan bernilai hampir RM4 juta, sewaktu meraikan hari ulang tahun suaminya, Fattah Amin, dalam satu majlis tertutup.

Tidak cukup dengan itu, dalam kiriman berlainan di laman Instagramnya (IG), dia turut memakai sebuah beg tangan Hermes yang dianggarkan bernilai RM545,220. Bahkan, tidak hanya dirinya, anak kecilnya, Nur Fatimah Aisya, juga sudah memiliki beg tangan mewah yang dianggar bernilai sekitar RM165,000.

       

fattah amin fazura 85145

Fazura dulu

       

4. Fazura, yang sering tampil dengan aura keanggunan dan kelembutan, nampaknya seakan mempunyai hubungan yang baik dengan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman. Hubungan erat ini terlihat jelas apabila pada tahun 2021, anak perempuan Fazura, Nur Fatimah Aisya, menerima hadiah yang amat berharga — seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Norashikin, sebagai tanda kasih sempena ulang tahun pertama kelahirannya.

Keakraban antara kedua-dua wanita ini turut terserlah apabila Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memakai tudung keluaran Fazura yang dijual dengan harga yang rendah, kurang daripada RM30, meskipun berstatus kerabat diraja.

Pada tahun 2022, Fazura dan Fattah Amin turut menghadiri majlis ulang tahun Tengku Permaisuri Norashikin. Tidak setakat di situ, Fazura juga pernah menerima hadiah yang penuh sentimental — sebuah potret keluarga, yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Norashikin.

       

fattah 84178

        

5. Dia tidak hanya bersinar dalam dunia hiburan, malah turut mencipta nama dalam dunia keusahawanan. Pada tahun 2022, selepas lebih sedekad terjun ke dalam industri perniagaan, usahanya mendapat pengiktirafan tinggi apabila dia dianugerahkan sebagai Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di majlis 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards.

        

fazura 11545

       

6. Di sebalik segala glamor dan pencapaian, Fazura tetap seorang yang merendah diri dengan citarasa yang sederhana. Hidangan kegemarannya? Nasi putih bersama ayam kunyit — menu yang ringkas namun berjaya menambat seleranya setiap kali.

       

fazura wikipedia 63951

Ibu Fazura

       

7. Dan buat peminat yang ingin tahu, saiz kasut Fazura ialah 7.

       

fazura fattah twitter x tiktok bekas penyanyi tinggi lirik benar hidung bercinta bercerai curang

Adik-beradik Fazura

      

8. Kisah cinta antara Fazura dan Fattah Amin mula berputik di set penggambaran drama popular Hero Seorang Cinderella pada tahun 2017. Ketika itu, Fazura menggantikan watak utama yang pada asalnya dikhabarkan milik Neelofa.

        

fattah amin 99956

       

Siapa sangka, di sebalik lakonan mereka yang penuh 'kimia' di kaca televisyen, perasaan cinta sebenar turut bersemi. Tidak lama selepas itu, pada tanggal 27 November 2017, Fazura dan Fattah sah disatukan dalam ikatan pernikahan yang meraih perhatian ramai. Dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri comel, Nur Fatima Aisya, yang menambah kebahagiaan dalam kehidupan mereka.

       

fazura fattah 22145

       

9. Pada tahun 2021, Fazura membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila dia mula berhijab. Langkah tersebut disambut baik oleh peminat dan menyaksikan transformasi peribadi yang lebih tenang dan bermakna dalam dirinya.

       

fazura wanita terakhir siapa latar belakang kerjaya keluarga ayah fatah sherry ibrahim sara ali tengku bakar

Ibu Fazura. Kredit foto: Instagram Fazura

       

10. Pada 10 Oktober 2024, lagu duet Fazura dan Fattah yang berjudul Bertahan Demi Cinta mula dilancarkan di platform penstriman muzik. Lagu berkenaan seolah-olah menjadi simbolik cinta mereka yang pernah utuh, tidak hanya di layar malah juga di hati peminat setia.

       

Baca: 10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin, Bekas Suami Fazura — Foto Dulu & Sekarang

        

Kredit video: FAZURA & FATTAH AMIN - BERTAHAN DEMI CINTA (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

       

Sumber:

1. Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana..." - Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

2. Fazura tak kisah dianggap pengganti Neelofa

3. Kenal Ke? bersama Fazura dan Fattah Amin #Fattzura

4. Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - "Memang Kaya Sungguh..."

5. Fazura cipta dua rekod Malaysia Book Of Records

6. Fattah, Fazura bakal bertunang?

7. Fattah, Fazura cerai talak satu

8. Instagram Fazura

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)