Hafidz Roshdi, pelakon dan model terkenal Malaysia kini menjadi tumpuan media selepas desas-desus konflik perkahwinan bersama bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri akibat orang ketiga yang didakwa iaitu Athira Yuhada.

   

hafidz roshdi kahwin

Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga mereka dan kecurangannya sudah tersebar sejak awal tahun ini.

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai Hafidz Roshdi.

   

hafidz roshdi instagram

   

1. Hafidz memulakan langkahnya dalam dunia hiburan selepas kejayaan menjadi salah seorang finalis dalam pertandingan Hero Remaja 2011 / 2012, bersama Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir, Saharul Ridzwan, Fendy Bakry, Hafreez Adam, Nazrief Nazri dan Ben Ali. Dalam pertandingan tersebut, dia memperkenalkan dirinya sebagai Fidz.

   

hafidz roshdi wikipedia

2. Dia lebih kerap melakonkan watak dalam drama bersiri dan telefilem di televisyen berbanding filem di pawagam. Dia dikenali melalui peranan yang popular dalam drama seperti Tundukkan Playboy Itu, Mr. Donat Karamel, Perisik Cinta Tak Diundang, Harith Fayyadh dan Aku Seorang Perempuan, dan juga turut membintangi telefilem dengan judul Anak Ikan, Ayah Mentuaku, Jalan Balik Surau, Ara dan Tanggang Langgang.

3. Walau bagaimanapun, dia telah muncul sebagai bintang filem dalam naskhah bertajuk Pusaka pada tahun 2019, bergandingan dengan pelakon seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sweet Qismina dan Ogy Ahmad Daud.

   

hafidz roshdi curang

4. Selebriti rupawan ini mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 8 inci, yang setara dengan 1.73 meter.

   

hafidz roshdi cerai

5. Menggunakan akaun Instagram (IG) di bawah nama @hafidz.roshdi, dia telah mendapat sambutan baik dengan 1.4 juta pengikut, sementara akaun TikTok miliknya mempunyai lebih daripada 243,200 pengguna yang mengikutinya.

   

isteri hafidz roshdi

6. Wajah Hafidz dalam dunia hiburan Malaysia kerap dikaitkan dengan penyanyi Akim Ahmad dan Sharul Kamal kerana memiliki ciri-ciri wajah yang hampir serupa meskipun sebenarnya mereka tidak mempunyai hubungan persaudaraan.

   

hafidz roshdi

7. Melalui perkongsian di laman Instagram (IG), Hafidz gemar memaparkan gambar-gambarnya menutup aurat ketika sedang melakukan aktiviti bersenam, bina badan dan latihan seni mempertahankan diri Muay Thai sebagai hobinya pada waktu lapang. Beliau juga telah menerima pujian daripada pendakwah PU Riz di IG yang menulis mengenai keperibadiannya sebagai seorang artis yang mendalami ilmu agama dan melakukan solat dhuha 12 rakaat tanpa tinggal, semasa mereka bekerjasama dalam drama Kelip-Kelip Di Kota London.

     

8. Beliau mengambil inspirasi daripada Zul Ariffin dan Chris Hemsworth dalam bidang lakonan sebagai idola dalam karier seninya.

     

9. Pada 30 April 2016, dia telah berkahwin dengan Nurul Shuhada Mat Shukri dan mereka dikurniakan dua orang anak bernama Humairah (lahir pada 9 September 2017) dan Umar (lahir pada 9 September 2020) hasil dari perhubungan mereka. Menariknya, kedua-dua anak mereka dilahirkan pada tarikh yang sama iaitu 9 September.

Namun, selepas hampir tujuh tahun perkahwinan, dia dan Shuhada memutuskan untuk bercerai pada 22 Februari 2023.

   

athira yuhada

10. Hafidz bakal hadir dalam slot tayangan Akasia TV3, drama adaptasi novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu yang akan menampilkan wajah baru dalam dunia lakonan, Raden Zaharatul. Beliau juga akan berlakon bersama Syarul Ezani, Syazuwan Hassan dan pelakon-pelakon lain yang terkenal dalam drama yang dijangka akan menjadi tontonan yang popular di kalangan penonton TV3 itu.

   

pelakon hafidz roshdi

Untuk biodata asas Hafidz, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Hafidz Roshdi

Baca: Biodata Nurul Shuhada Mat Shukri, Bekas Isteri Pelakon Hafidz Roshdi

Kredit foto: Instagram Hafidz Roshdi , Facebook Hafidz Roshdi

     

Sumber:

1. Instagram Hafidz Roshdi

2. Drama Sangat Extra: Siapa Idola Hafidz Roshdi? | Thu, Jan 30




Hakcipta iluminasi.com (2017)