Biodata

Nama penuh: Muhammad Solatuddaaim Jailani

Nama popular: Daaim Jailani

Umur: 25 Tahun (2018)

Asal: Singapura

Kerjaya: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @daaimjailani

Fakta Menarik

1. Berbangsa Melayu Singapura, beragama Islam dan berwarganegara Singapura.

2. Berdarah kacukan Melayu-Cina.

3. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

4. Turut dipanggil dengan nama panggilan 'Sola J'.

5. Meskipun berasal dari Singapura, namun beliau tidak  mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan di negaranya kerana bekerja sebagai jurulatih kecergasan dan model.

6. Menyifatkan dirinya seorang yang gemar melakukan perkara di luar zon selesa. Antara pekerjaan lain yang pernah dicuba termasuk berkhidmat sebagai pencuci piring tingkap di lapangan terbang dan tandas.

7. Finalis program Manhunt Singapura tahun 2015.

8. Mengidolakan rakan selebriti Singapura yang berjaya mencipta nama di Malaysia seperti Aaron Aziz, Shah Iskandar, Hisyam Hamid dan Hannah Delisha.

9. Bernaung di bawah label pengurusan Nuasa Talent Management.

10. Lakonan pertama beliau menerusi filem Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali, diikuti Langsuir.

11. Manakala drama dan telefilem dibintanginya seperti Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Gadis Kampung Paling Popular, Melankolia dan Isteri Bukan Untuk Disewa.

12. Menganggap latihan yang dijalaninya bersama pelakon berpengalaman, Ellie Suriaty sewaktu penggambaran filem Langsuir telah memberikan pendedahan besar tentang ilmu dan teknik lakonan.

13. Kerjaya seninya disokong oleh kelab peminat yang dinamakan sebagai 'Djestics', ditubuhkan pada 17 Ogos 2017.

14. Membintangi video muzik lagu Akim Ahmad dan Stacy berjudul Rentak Bahagia untuk iklan komersil Yeo’s Yogurt.

15. Gemar berswafoto dan berfesyen.

16. Sedang memajukan perniagaan aksesori yang dikendalikan bersama sahabatnya yang juga pelakon dari Singapura, Fuad Hakim.

17. Ingin fasih berbahasa Melayu kerana penggunaan bahasa komunikasinya di negara asal adalah bahasa Inggeris.

Foto

biodata daaim jailani pelakon drama isteri bukan untuk disewa 2 251

biodata daaim jailani pelakon drama isteri bukan untuk disewa 3

biodata daaim jailani pelakon drama isteri bukan untuk disewa 4

biodata daaim jailani pelakon drama isteri bukan untuk disewa 5

biodata daaim jailani pelakon drama isteri bukan untuk disewa 6

         

Kredit

1. BH Online [1, 2]

2. Encik Shino

3. BeritaHarian.sg

4. Instagram Daaim Jailani




Hakcipta iluminasi.com (2017)