Biodata

1. Nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya. Dikenali sebagai Pachara Apin.

2. Berusia 28 tahun.

3. Kelahiran Sabah.

4. Membesar sebagai penganut Kristian.

5. Mendalami Islam sejak usia lima tahun melalui pergaulan.

6. Kakaknya terlebih dahulu memeluk Islam.

7. Melafazkan syahadah pada Mei 2018 di sebuah masjid di Shah Alam.

8. Sebagai pelakon baharu, beliau mengetengahkan bakat menerusi penampilan dalam beberapa drama, antaranya Air Mata Syurga, Cinta Tiada Ganti dan banyak lagi.

9. Bakal bergandingan di sisi Zul Ariffin dan Remy Ishak dalam filem Sangkar yang akan menyusul di pawagam tidak lama lagi.

10. Turut merencana perjalanan karier sebagai model sambilan bagi iklan-iklan jenama terkenal, juga di pentas peragaan.

11. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah atau Afiq Muiz pada 26 Mac 2019.

           

Info Perkahwinan Dengan Afiq Muiz

  • Berkenalan dengan Afiq setahun sebelum mengambil keputusan berumah tangga iaitu ketika penggambaran drama Air Mata Syurga pada Mac 2018. Dalam drama berkenaan, Pachara memikul tanggungjawab watak antagonis, sementara Afiq pula bergelar hero.
  • Dilamar aktor itu pada temu janji kedua mereka kerana jejaka itu enggan berlengah serta ingin bersikap komited terhadap perhubungan mereka. Namun Pachara meminta masa agar dapat lebih mendalami agama barunya itu.
  • Pernikahan berlangsung secara tertutup dengan hanya dimeriahkan kehadiran tetamu di kalangan keluarga terdekat dan sahabat rapat, bertempat di Pejabat Agama, Hulu Langat pada Selasa, 26 Mac 2019, jam 5 petang.
  • Majlis resepsi dijadualkan diadakan sebulan selepas berakhirnya penggambaran drama Mutiara Ramadan yang dibintangi mereka bersama.

Foto

biodata pachara apin isteri pelakon afiq muiz 2

biodata pachara apin isteri pelakon afiq muiz 3

biodata pachara apin isteri pelakon afiq muiz 4

biodata pachara apin isteri pelakon afiq muiz 5

biodata pachara apin isteri pelakon afiq muiz 6

biodata pachara apin isteri pelakon afiq muiz 7

Kredit foto: Instagram Pachara Apin

Sumber:

1. Mstar

2. Hangat.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)