Kredit foto: Instagram Zarif Ghazzi , Facebook Ayiep Besi
Dalam drama terbaru 'Antara Dua Syurga' yang disiarkan di slot Lestary TV3, Zarif Ghazzi membawa watak Naim bersama barisan bintang terkenal lain yang turut serta.
Kredit foto: Instagram Zarif Ghazzi
Selain Zarif, drama ini menyajikan lakonan hebat daripada Nabil Aqil, Tracie Sinidol, Steve Yap, Liza Abdullah, Aida Rain, Jesse Lim, Ash dan Akmal Asyraf.
Biodata Zarif Ghazzi
Nama penuh: Zarif Farahi bin Effie Ghazzi
Nama komersial: Zarif Ghazzi
Umur: 21 tahun (2025)
Tarikh lahir: 4 Jun 2004
Asal: Johor
Keluarga: Anak bongsu dalam kalangan adik beradiknya
Pekerjaan: Pelakon
Instagram (IG): @zarif_ghaz
Tiktok: @niayeplah
Latar Belakang
1. Sebagai wajah baru dalam dunia seni, Zarif telah berjaya mencuri perhatian menerusi beberapa drama popular seperti Antara Dua Syurga, Khunsa, Berbahagi Suami, Isteri Halal, Persis Boneka dan Budak Hostel Otaknya Sewel.
2. Akan datang, pada Ramadan 2025, dia bakal menghiasi skrin Astro Ria menerusi siri baharu berjudul Seribu Tahun.
3. Bakat seni Zarif ternyata mengalir dalam darahnya. Sebagai anak saudara kepada Allahyarham Noryati Taib, pelakon veteran yang masyhur dengan gelaran ‘Makcik Petir’, Zarif menyambung legasi seni yang ditinggalkan oleh ibu saudaranya.
4. Bapanya, Effie Ghazzi Taib merupakan seorang jurukamera di Astro Awani.
5. Impian Zarif untuk bergelar anak seni bukanlah sesuatu yang terbit secara tiba-tiba. Sejak kecil, dia sudah menyimpan cita-cita tersebut. Kerana itu, dia sering berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur, menempuh perjalanan panjang demi menghadiri sesi uji bakat, pembacaan skrip dan pelbagai proses yang membentuk asas kerjaya seninya hari ini.
Fakta Menarik
1. Zarif sering dibandingkan dengan pelakon terkenal, Syafiq Kyle kerana persamaan raut wajah mereka.
2. Tentang figura inspirasi, Zarif tidak melihat jauh. Alif Satar menjadi idolanya, tidak hanya kerana bakat lakonan malah juga keperibadian bersih tanpa noda kontroversi, menjadikan Alif seorang ikon yang sangat dihormati oleh Zarif.
3. Dalam hal hati, Zarif mendambakan seorang wanita yang lengkap dari segi kerjaya dan peribadi — individu yang menjaga maruah diri, bersifat sederhana, feminin dan yang mampu memahami jiwanya.
4. Gaya fesyen Zarif bercirikan kesederhanaan. Baginya, tidak perlu mengikut arus fesyen terkini untuk tampil bergaya. Sehelai T-shirt hitam yang ringkas dipadankan dengan jeans sudah cukup, asalkan memenuhi prinsip kesopanan dan aurat yang sentiasa ditekankan oleh ibunya.
5. Wanita paling menginspirasikan dalam hidupnya ialah ibunya sendiri. Sosok yang penuh ketabahan ini membesarkan Zarif dan adik-beradiknya dengan penuh kasih sayang, sekali gus menjadi lambang kekuatan seorang wanita yang tidak pernah goyah di hadapan ujian hidup.
6. Pada tahun 2024, Zarif mencuri perhatian dalam program realiti Call Me Handsome, sebuah rancangan yang menampilkan bakat-bakat baru dalam industri hiburan Malaysia. Program ini, yang ditayangkan sempena Hari Malaysia, menampilkan elemen umpama 'Running Man' versi tempatan. Bersamanya, barisan peserta lain ialah Thompson Goh, Kidd Santhe, Prince, Daniel Leong dan Perry Kuan turut menghidupkan rancangan berkonsepkan 'game show' itu.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga (Slot Lestary TV3)
Foto
Pelakon Allahyarham Noryati Taib adalah ibu saudara Zarif
Bergambar bersama ibunya. Kredit foto: Instagram Zarif Ghazzi , Facebook Ayiep Besi
Sumber:
2. Perjalanan Zarif Ghazzi Menjadi Anak Seni
3. Pelakon Noryati Taib meninggal dunia