Kredit foto: Instagram Ira Kazar

Siapa Ira Kazar? Faghirah Fatini Kazaruddin adalah nama lengkapnya dan dia adalah isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof yang nama sebenarnya adalah Mohd Syamsul Mohd Yusof. Syamsul juga berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana.

Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Syaikhul Islam berumur 5 tahun dan Sumayyah berumur 3 tahun, dari perkongsian hidup mereka.

   

Biodata Ira Kazar, Isteri Pengarah Syamsul Yusof

Nama penuh: Faghirah Fatini binti Kazaruddin

Nama komersial: Ira Kazar, Ira Kaza

Umur: 28 tahun (2023)

Asal: Kampar, Perak

Keluarga: Anak keempat daripada lima orang adik beradik. Syamsul Yusof (suami)

Kerjaya: Instafamous

Instagram (IG): @irakaza

Latar Belakang

1. Anak kepada pasangan Kazar Saisi (ayah), seorang pelakon veteran dan Rashidah Latiff (ibu).

2. Adik-beradiknya yang lain termasuk Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim dan Adam Amirul Latiff.

3. Namanya mula terkenal selepas menjadi topik hangat di media sosial apabila video dia bergelek tular dan menimbulkan kontroversi pada tahun 2016.

4. Pada masa itu, penampilannya dikatakan menyerupai Avril Lavigne, seorang penyanyi dan penulis lagu Kanada.

5. Sejak itu, namanya sering dikaitkan dengan kontroversi dan berita sensasi, membuatkan dia menjadi tumpuan dan perbualan di laman sosial.

Fakta Menarik

1. Berinteraksi dengan peminat dan mempromosikan diri melalui platform media sosial iaitu Instagram dan TikTok, tetapi memilih untuk menyahaktifkan akaunnya untuk sementara waktu.

2. Mempunyai 214,000 pengikut di Instagram.

3. Memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Menggunakan peluang itu sebagai peserta uji bakat program Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

4. Pada 6 Januari 2023, pengarah Syamsul Yusof mengesahkan melalui video di Instagram bahawa dia telah berkahwin dengan Ira di Thailand berwalikan bapa Ira, pelakon veteran Kazar Saisi. Dia juga menyatakan bahawa Puteri Sarah masih merupakan isterinya yang sah.

     

Baca: 7 Foto Keluarga, Ibu Bapa, Adik-Beradik Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pengarah Syamsul Yusof Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Kazar Saisi, Bapa Ira Kazar

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Puteri Sarah Liyana

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pengarah Syamsul Yusof

Gambar

ira kaza

ira kazar

kazar

ira kazar umur

syamsul ira kazar

ira kazar syamsul

syamsul

syamsul yusof 118

puteri sarah 53

puteri sarah liyana 133

Kredit foto: Instagram Ira Kazar

Video

Kredit video: 'Rela dimadu, saya tak nak jawab' - Puteri Sarah




Hakcipta iluminasi.com (2017)